OLEH PEMBERITA SABAHTODAY
TENOM: Projek menggantikan Jambatan Sungai Padas Tenom yang sepatutnya bermula pada 18 Jun 2020 oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga ke hari ini masih gagal dilaksanakan.

YISKA LASSAN

Apa yang ada ketika ini hanyalah dua papan tanda Jabatan Kerja Raya yang terpacak berhampiran stesen minyak Petron Jalan Amboi dan berdekatan Orchard Plaza.

Setiausaha DAP Cawangan Pekan Kemabong, dan juga Ahli Jawatankuasa Wanita DAP Sabah, Yiska Lassan ketika ditemui kelmarin berkata, sepatutnya kerja-kerja pembinaan jambatan baharu ini sudah dimulakan seperti yang tertera di papan tanda JKR itu dan dijangka siap pada 17 Jun 2022.

Katanya, jambatan baharu itu sepatutnya menggantikan jambatan sungai Padas di Tenom lama kerana dalam keadaan uzur dan tidak selamat digunakan terutamanya oleh kenderaan berat.

Menurutnya, jambatan Sungai Padas yang sedia ada merupakan jalan perhubungan utama bagi penduduk di kawasan Kemabong ke Pekan Tenom justeru perlaksanaan pembinaan jambatan baharu perlu disegerakan.

“Baru-baru ini tular di media sosial tentang salah satu palang besi di atas jambatan sungai padas di Tenom Lama itu hampir tertanggal dan ini membahayakan keselamatan para pengguna tetapi sudah dibaikilah, isunya di sini sampai bila kerajaan mengambil ringan akan perkara ini dengan melambatkan kerja-kerja pembinaan jambatan baharu, saya mendesak agar kerajaan sekarang ini mengambil tindakan segera,” katanya.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started