MADIUS TANGAU

OLEH PEMBERITA SABAHTODAY
KOTA KINABALU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) mahu pendaftaran parti politik diletakkan di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Langkah ini bagi mengelakkan campur tangan parti pemerintah dalam meluluskan sebarang pendaftaran parti politik.

Presiden UPKO, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, dalam memberikan kebebasan berpersatuan, pendaftaran parti politik tidak lagi boleh diletakkan dibawah Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang berada di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri.

Apa yang berlaku kepada pendaftaran MUDA dan Pejuang jelas memperlihatkan campur tangan parti pemerintah dalam menolak pendaftaran kedua-dua parti yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Oleh itu, dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), UPKO akan memasukkan keperluan pemindahan kuasa pendaftaran parti di bawah badan bebas seperti SPR, seperti dicadangkan Jawatankuasa Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya (ERC).

Sebagai langkah sementara, pembangkang perlu berusaha mendesak pindaan dalam rang undang-undang Akta Pertubuhan 1966 bagi mengekang RoS yang sewenang-wenangnya menggunakan kuasa menolak pendaftaran parti politik.

Pindaan melalui rang undang-undang ahli persendirian ini boleh dilakukan oleh Ahli Parlimen dalam kalangan Pejuang dan MUDA atau pemimpin pembangkang.

Ahli Parlimen Tuaran ini berkata, beliau bersedia memberi sokongan bagi menyedia formula untuk mengemukakan pindaan rang undang-undang ahli persendirian ini.

Madius berkata, rakyat Malaysia sudah muak dengan parti dan pemimpin politik yang melaungkan tentang perubahan, mengkritik kerajaan ketika menjadi pembangkang namun, tidak melakukan apa-apa perubahan semasa berada dalam kerajaan.

Oleh itu, parti pembangkang yang ada sekarang perlu bangkit dan bersolidariti bersama Pejuang dan MUDA.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started