ROBERT TAWIK

OLEH PEMBERITA SABAHTODAY
KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor daripada STAR, Datuk Robert Tawik disahkan positif jangkitan Covid-19.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung STAR, Datuk Guandee Kohoi yang turut memaklumkan Robert kini dirawat di Hospital Keningau.

“Beliau disahkan positif Covid-19 Jumaat lalu dan segera ditahan di hospital.

JONISTON BANGKUAI

“Beliau baik-baik sahaja dan bersemangat,” katanya.

Robert merupakan pemimpin kedua daripada STAR yang dijangkiti COVID-19 selepas Presiden STAR yang juga Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan turut positif.

Jeffrey masih menjalani rawatan di Hospital Queen Elizabeth 1 sejak minggu lalu dan dijangka keluar minggu depan.

Sementara itu, seorang lagi wakil rakyat daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) dipercayai turut dijangkiti COVID-19.

Beliau dikatakan disahkan positif semalam.

Bagaimanapun pemimpin PBS masih belum membuat apa-apa kenyataan tentang perkara tersebut.

Setiausaha Agung PBS, Datuk Joniston Bangkuai gagal dihubungi untuk mendapatkan kenyataan, manakala pemimpin PBS lain masih mengunci mulut.

BERITA BERKAITAN: –

DUA LAGI ADUN DARIPADA PBS DAN STAR POSITIF COVID-19

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started