OLEH PEMBERITA SABAHTODAY
KOTA KINABALU: Ketiadaan langkah diambil oleh Perikatan Nasional (PN) untuk menghantar pulang pendatang asing tanpa izin (PATI) walaupun didesak oleh PBS dan STAR sebelum ini menunjukkan PN tidak serius untuk menyelesaikan masalah PATI.

Timbalan Ketua Bahagian WARISAN Keningau, Basal Bullah berkata, kedua-dua parti sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk mengambil tindakan seperti yang dinyatakan dalam banyak kenyataan sebelum ini jika melihat kepada kerjasama politik mereka dengan Putrajaya.

BASAL BULLAH

Katanya, Presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang merupakan Menteri Hal Ehwal Sabah/Sarawak sepatutnya mempunyai kedudukan terbaik untuk meyakinkan rakan-rakannya dalam Kabinet Persekutuan agar meneruskan gesaan PBS menghantar pulang PATI.

“Kita ada seorang lagi Sabahan dalam Kabinet Persekutuan iaitu Timbalan Menteri Dalam Negeri, Jonathan Yasin yang boleh membantu Max.

“Lebih-lebih lagi, kerjasama politik yang diminta oleh Muhyiddin antara Sabah dan Putrajaya sudah tercapai serta tiada lagi Tun Dr Mahathir Mohamad atau Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal di dalam kerajaan semasa untuk menghalang permintaan PBS dan STAR.

“Jalan untuk menghantar pulang PATI di Sabah sudah terbentang luas tetapi kenapa tiada tanda-tanda pelaksanaannya selepas hampir setahun?

“Di mana semangat yang mereka tunjukkan sebelum ini ketika membuat tuntutan? Di mana janji itu?,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Basal berkata, memandangkan PBS digelar sebagai ‘pakar’ PATI di Sabah kerana telah bercakap tentang perkara itu selama 30 tahun, maka parti itu sepatutnya tidak memerlukan apa-apa peringatan daripada WARISAN.

“30 tahun mempelajari, mengkaji dan bercakap tentang isu itu sepatutnya memberikan mereka banyak pengalaman dan pengetahuan untuk mengatasi birokrasi yang boleh menghalang penghantaran pulang. Itu sepatutnya meletakkan PBS sebagai ‘pakar utama’ perkara itu.

“Maka amat difahami bahawa Sabahan menyimpan harapan besar apabila PBS bersama membentuk Kerajaan PN bulan Mac tahun lalu, dengan menganggap penghantaran pulang yang dilaung-laungkan secara lantang oleh PBS serta STAR boleh dilaksanakan serta-merta.

“Tetapi tiada apa-apa yang berlaku malah tindakan terakhir yang diambil PBS ialah memberikan cadangan kepada Muhyiddin bulan Jun lalu selepas Sabahan menentang keras perancangan Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin untuk memberikan IMM13 kepada PATI,” katanya.

“Bayangkanlah setelah mendapat kuasa menggunakan polemik politik emosi untuk mempengaruhi pengundi akhirnya menyebabkan mereka tiada kemahuan untuk mengambil tindakan atas apa yang telah dikatakan.

“Ini adalah isu besar yang menimbulkan keraguan terhadap reputasi PBS dan STAR. Lebih-lebih lagi apabila mereka berulang-ulang kali mengumumkannya. Pada masa sama, Sabahan sudah hilang sabar dengan kegagalan Kerajaan PN mengambil tindakan,” katanya lagi.

BERITA BERKAITAN: –

JO-ANNA RAMPAS: HANTARLAH PULANG PATI, BUKANKAH PBS, GRS SUDAH JANJI

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started