Bakul makanan yang diagihkan oleh Parti Warisan di Penampang.

OLEH PEMBERITA SABAHTODAY
PENAMPANG: Bantuan bakul makanan tidak sampai. Itu antara aduan yang kerap diterima daripada penduduk yang terkesan di daerah ini.

Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Penampang, Pritchard Gumbaris berkata, dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan proklamasi darurat yang bermula semalam, kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Seri Panglima Hajiji Noor perlu mempercepatkan agihan bantuan bakul makanan

Jika pada Oktober 2020, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Shahelmy Yahya memaklumkan bantuan hanya diberikan kepada mereka yang diperintahkan menjalani kuarantin di rumah dan menasihatkan penduduk di kawasan terjejas semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk berhubung dengan pejabat daerah atau Jabatan Kebajikan jika memerlukan bantuan bakul makanan.

PRITCHARD GUMBARIS

Walaupun pengumuman sebegitu dibuat namun, masih ramai penduduk yang tidak menerima bakul makanan dan sebahagian daripada mereka tidak dapat datang ke pejabat daerah kerana masalah tiada kenderaan.

Dengan pelaksanaan PKP dan proklamasi darurat, kerajaan negeri dan persekutuan perlu melipatgandakan usaha dan lebih proaktif dalam mengagihkan bantuan bakul makanan kepada penduduk yang terjejas, bukan hanya kepada mereka yang diperintahkan menjalani kuarantin.

Pritchard berkata, kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah pun melantik Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan ketua kampung. Jadi, inilah masanya untuk pemimpin akar umbi ini bertindak pantas bagi membantu golongan yang memerlukan.

“Jangan arahkan penduduk terjejas mengambil sendiri bantuan di pejabat daerah. Langkah ini akan meningkatkan pergerakan orang ramai dan memberi kesan kepada usaha kerajaan melandaikan lekuk Covid-19

“JPKK dan ketua kampung tidak harus bersifat pilih kasih dalam mengagihkan bantuan kepada penerima berdasarkan latar belakang politik kerana jangkitan Covid-19 tidak menjangkiti seseorang berdasarkan pandangan politik mereka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, kerajaan negeri telah mengumumkan sejumlah RM2 juta untuk bantuan bakul makanan kepada 20,000 penduduk di Penampang pada tahun lepas. Diharap jumlah ini akan ditambah bagi membantu lebih ramai penduduk yang terjejas akibat PKP.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started