AWANG AHMAD SAH

OLEH PEMBERITA SABAHTODAY
KOTA KINABALU: Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen pilihan raya kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas yang difailkan calon Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) Jivol @ Edmund Doudilim.

Edmund turut diarahkan membayar kos sejumlah RM20,000 kepada calon Parti Warisan Sabah (Warisan) Awang Ahmad Sah yang dinamakan sebagai responden pertama dan ketiga dalam petisyen tersebut.

Hakim Dean Wayne Daly membuat keputusan menolak petisyen itu dalam perbicaraan secara atas talian selepas mendapati Edmund tidak mempunyai kelayakan dari segi undang-undang disebabkan statusnya yang diisytiharkan muflis.

Edmund juga didapati tidak mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Insolvensi bagi memfailkan petisyen tersebut.

BENJAMIN CHIN

Dalam petisyen itu, Edmund turut menamakan pegawai pengurus pilihan raya sebagai responden kedua.

Semasa perbicaraan itu, Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azizan Md Arshad memberitahu mahkamah bahawa responden kedua membantah petisyen yang difailkan dengan asas bahawa Edmund tidak memperoleh kebenaran bagi memfailkan petisyen itu.

Edmund didapati gagal mendapatkan kebenaran di bawah Seksyen 38 Akta Insolvensi dan beliau masih diisytiharkan muflis sehingga hari ini.

Calon USNO ini hilang kelayakan untuk bertanding bagi kerusi DUN Petagas pada September 2020 selepas didapati muflis.

Peguam utama mewakili Ahmad Sah, Benjamin Chin berkata, petisyen itu tidak difailkan oleh Edmund seperti syarat dalam petisyen pilihan raya, sebaliknya difailkan melalui syarikat guaman.

Benjamin turut mempertikaikan nama resonden, Ahmad Sah bin Sahari adalah tidak sama seperti nama pada kertas undi iaitu Awang Ahmad Sah.

Edmund diwakili peguam, Roland Ho Wah Cheng dan Ahmad Sah turut diwakili oleh peguam Stella Simon dan Marianne Ghani.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started