OLEH PEMBERITA SABAHTODAY
KOTA KINABALU: Menjadi pembangkang bukanlah masalah untuk pemimpin-pemimpin Parti Warisan Sabah (WARISAN) terus berkhidmat kepada rakyat terutama ketika musibah banjir melanda beberapa daerah di Sabah.

Makanan, pakaian dan kelengkapan harian sentiasa dihulurkan kepada para mangsa yang terjejas tanpa mengharapkan bantuan daripada pihak kerajaan yang sememangnya perlu bertanggungjawab.

Ketua Pemuda WARISAN, Datuk Mohd Azis Jamman merupakan antara pemimpin yang aktif turun padang menyerahkan bantuan dan meninjau keadaan kehidupan rakyat di kawasan Parlimen Sepanggar untuk meringankan beban mereka akibat bencana alam itu.

“Saya sambung melawat mangsa-mangsa banjir di sekitar Kayu Madang, Telipok dan Inanam Laut Rabu.

“Sambil hulur bantuan saya berjumpa penduduk setempat mendengar keluhan dan permasalahan mereka.

“Insya Allah saya bantu mana termampu. Semoga dipermudahkan urusan kita semua,” katanya di laman Facebook beliau.

Sementara itu, di Kudat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Kapor, Ben Chong aktif turun padang bagi mengagihkan bantuan bakul makanan kepada mangsa banjir di kawasannya.

Pengagihan bakul makanan itu telah bermula sejak semalam untuk memastikan rakyat tidak menderita bukan sahaja akibat banjir tetapi disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagi DAP pula, keadaan banjir yang mula surut membolehkan wakil rakyat parti itu mengadakan gotong-royong bersama rakyat membersihkan beberapa pusat perniagaan sekitar Penampang yang kotor akibat mendapan lumpur.

Turut dibersihkan ialah kawasan sekolah yang ditenggelami air banjir seperti Sekolah Menengah St Michael.

Sejak semalam, ADUN Kapayan, Jannie Lasimbang turut aktif mengagihkan bantuan peralatan seperti tilam dan kelengkapan lain kepada mangsa yang ditempatkan di pusat perpindahan banjir.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started