
OLEH SABAHTODAY
KOTA KINABALU: Bantuan untuk mangsa-mangsa fenomena air pasang besar di Tanjung Aru telah mula menerima bantuan dari Warisan kerana kerajaan GRS lambat untuk bertindak.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Junz Wong pada hari Khamis berkata, beberapa keluarga telah dipindah ke pusat-pusat sementara sejak minggu lalu.
“Sangat teruk. Ada yang kehilangan rumah dan tempat tinggal. Ada yang sudah dipindah.”
“Lantai rumah ada yang pecah dan dimasuki air, peralatan-peralatan elektrik dimasuki air, sofa set masuk air, peralatan-peralatan rumah rosak. Sangat teruk.”
Junz berkata, sembilan rumah telah menerima bantuan untuk fasa pertama.
“Untuk fasa pertama, Warisan akan hantar papan, paku, zink dan peralatan-peralatan pembinaan.”

“Kami mahu bantu seberapa ramai mungkin untuk naikkan lagi paras rumah supaya dapat dielakkan kejadiam seumpama di masa akan datang.”
“Selepas fasa ini, fasa kedua akan tiba.”
Junz yang juga merupakan Naib Presiden Warisan berkata, GRS harus bertindak cepat.
“Saya gesa GRS bertindak cepat membantu Sabahans yang perlu bantuan.”
“Jangan hanya tahu minta undi semasa Pilihan Raya.”
Junz mengadu, pemimpin-pemimpin Warisan masih bekerja keras meskipun peruntukan telah dihentikan.
“Meskipun sebagai pembangkang Warisan tidak mempunyai peruntukan, kami sedang usaha sedaya upaya untuk membantu para penduduk dan orang Sabah.”
“GRS ada berjuta-juta peruntukan ADUN, mereka ada akses kepada hasil RM5.2 bilion setahun, mereka ada segala jentera seperti UPPM.”
“Jadi kenapa lembab dan lambat?”
Di penghujung, Junz menyelar GRS: “Jangan tahu duduk pejabat sahaja! Jangan tidur sahaja!”

Leave a comment