
KOTA KINABALU: Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Kadzim Yahaya menolak surat peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Hassan A. Gani Pangiran Amir.
Dengan keputusan tersebut, Hassan A. Gani masih lagi wakil rakyat yang sah di kawasan berkenaan.
Pada 25 Februari lalu, Hassan A. Gani mengumumkan keluar Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
“Saya telah meneliti surat peletakan jawatan yang diserahkan WARISAN mengatakan Hassan meletakkan jawatan sebagai ADUN Sebatik.
“Saya telah membuat keputusan bahawa kerusi Sebatik tidak kosong, kerana surat peletakan jawatan yang ditandatangani tanpa tarikh bertentangan dengan undang-undang yang ada sekarang,” katanya dalam sidang akhbar hari ini seperti dilaporkan The Star Online.
BERITA BERKAITAN: –
Surat Peletakan Jawatan ADUN Sebatik Diserahkan Kepada Speaker
WARISAN Akan Serah Surat Peletakan Jawatan ADUN Sebatik Kepada Speaker DUN
Video ADUN Sebatik Berikrar Atas Nama Allah Setia Kepada WARISAN, Sedia Letak Jawatan Didedah

Leave a comment