OLEH PEMBERITA SABAHTODAY
KOTA KINABALU: Menggelar Presiden Warisan Presiden Warisan Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal sebagai hipokrit, Setiausaha Agung PBS Datuk Joniston Bangkuai diminta untuk cermin diri sendiri.

Bendahari Agung Parti Warisan Sabah (Warisan) Terrence Siambun berkata, sebelum menggelar orang lain hipokrit, Joniston perlu melihat semula apa yang dilakukan oleh kumpulan yang cuba menumbangkan kerajaan pimpinan Warisan pada Julai 2020.

Terrence Siambun berkata, Joniston seperti terlupa pendirian partinya terhadap isu lompat parti dan kini dia mengecam tindakan Warisan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik yang keluar parti, baru-baru ini.

“Adakah dia (Joniston) dan PBS sekarang ingin menyokong tindakan lompat parti,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, sangat jelas bahawa ADUN Sebatik Hassan A Gani Pg Amir melompat parti selepas dipujuk oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Hassan terpengaruh dengan tawaran yang diberikan GRS sehingga sanggup melupakan janjinya terhadap rakyat di kawasannya. Dia hanya menjaga kepentingan diri sendiri biarpun setelah mengangkat sumpah atas nama Allah SWT.

TERRENCE SIAMBUN

Terrence berkata, Joniston perlu ingat bahawa dia adalah sebahagian daripada kumpulan yang bersama Musa Aman yang menarik ADUN kerajaan untuk berpaling tadah bagi merampas kuasa daripada kerajaan Warisan pada tahun lalu.

Menurutnya, Joniston sepatutnya lebih mengetahui apa yang berlaku pada Julai 2020. Dia adalah sebahagian daripada kumpulan yang diketuai Musa yang cuba merampas kuasa daripada kerajaan sedia ada. ADUN kerajaan ketika itu berdepan ancaman dan turut ditawarkan jawatan.

“Melihat situasi itu, Joniston seperti tidak berpegang kepada prinsip dan komitmen PBS yang menentang perbuatan lompat parti,” jelasnya.

Terrence berkata, Joniston tidak seharusnya menggunakan GRS untuk berselindung disebalik pendirian yang tidak tetap dalam soal lompat parti.

JONISTON BANGKUAI

Jika dilihat pada 1994, kerajaan PBS ditumbangkan selepas beberapa hari menang dalam pilihan raya setelah beberapa ADUN mereka bertindak keluar parti.

“Untuk pengetahuan Joniston, beliau perlu ingat bahawa UPKO mengambil keputusan meninggalkan Barisan Nasional (BN) dan bergabung bersama Warisan dan parti pembangkang lain pada 2018.

“Bagaimanapun, itu adalah keputusan parti, ia sama seperti keputusan STAR Sabah dibawah pimpinan Jeffrey Kitingan yang bertindak menyokong BN. Ada pihak yang mempertikaikan kenapa STAR Sabah yang menang sebagai pembangkang namun menjual mandat diberikan rakyat dengan bergabung bersama BN.

“Namun, kita tidak mempertikaikan tindakan (STAR Sabah) itu kerana ia merupakan keputusan parti,” ujarnya.

Beliau berkata, ADUN UMNO yang bersama Musa telah bersumpah untuk menjadi pembangkang dengan kerelaan sendiri tanpa sebarang sogokan atau ancaman.

Terrence berkata, daripada mempertikaikan tindakan Warisan, Joniston seharusnya memaksa pasukannya dalam GRS untuk mengambil tindakan bagi menangani masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) seperti yang dilaung-laungkan semasa pilihan raya lalu.

Kini, kerajaan GRS juga mula membuka pintu sempadan bagi membenarkan kemasukan Kumpit dari Filipina dan Indonesia.

Kumpit adalah bot pengangkutan bersaiz kecil yang memudahkan penyeludupan PATI masuk ke Sabah.

Semalam, Joniston dalam satu kenyataan mengatakan Presiden Warisan sebagai hipokrit dalam isu membabitkan ADUN Sebatik Hassan A Gani Pg Amir yang bertindak keluar parti.

Katanya, Warisan juga menerima ADUN BN yang beralih sokongan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada Mei 2018.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started