OLEH PEMBERITA SABAHTODAY
KOTA KINABALU: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sabah komited mengekalkan kerjasama dalam kalangan gabungan parti Warisan Plus di negeri ini dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Setiausaha DAP Sabah, Chan Foong Hin berkata, DAP Sabah akan memastikan kerjasama dengan Warisan Plus akan terus diperkukuhkan sebagai persediaan menghadapi PRU ke-15 yang mungkin akan diadakan pada bila-bila masa.

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Setiausaha-setiausaha parti dalam gabungan Warisan Plus yang terdiri daripada Parti Warisan Sabah (Warisan), DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO).

Ahli Parlimen Kota Kinabalu ini berkata, antara isu yang dibincangkan dalam mesyuarat itu adalah memastikan gabungan dalam Warisan Plus menjadi lebih kukuh.

“Kami setuju untuk kekal bersatu. Perpaduan sudah menjadi pegangan semua parti gabungan dalam Warisan Plus.

Foong Hin berkata, parti pembangkang di negeri ini perlu fokus bagi membina pakatan yang ada. Ini penting bagi membina gabungan parti politik yang lebih meluas dan tidak hanya terhad dalam Pakatan Harapan sahaja.

Tambahnya, hubungan antara parti gabungan dalam Warisan Plus masih lagi kukuh.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started