KOTA KINABALU: Jannie Lasimbang berharap kerajaan GRS akan melindungi hak kanak-kanak dengan melaksanakan program-program terancang yang sebelumnya diterimapakai melalui perundingan antara jabatan kerajaan dan program kolaborasi dengan NGO.

Pada kunjungan hormat ke Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat pada pagi tadi, ADUN Kapayan itu sepasukan dari PACOS Trust memberi taklimat kepada Menteri Shahelmy bin Yahya, Pembantu Menteri Flovia Ng, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Rosnah Kuyung, Pengarah Perkhidmatan Sosial Sabah Jais Asri, dan pegawai lain dari Kementerian.

Hadir sama ialah Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Sosial Persekutuan Sabah Hjh Dg Rugayah Ag Big.

Menteri Shahelmy bin Yahya menyokong program yang disampaikan, terutamanya perbincangan meningkatkan kesedaran untuk menghentikan perkahwinan di bawah 18 tahun di sekolah-sekolah menengah kerana program ini pernah dilaksanakan oleh JHEWA dan Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS).

PACOS Trust sedang membuat persiapan untuk melaksanakan ceramah di 20 sekolah menengah pada tahun 2021 – 2022 melalui program sokongan kewangan Kesatuan Eropah.

Ceramah kesedaran ini akan melibatkan pelajar, ibu bapa dan guru-guru untuk meningkatkan pengetahuan mereka dalam menghentikan perkahwinan di bawah 18 tahun.

Ia bertujuan untuk membantu setiap pelajar menikmati masa remaja mereka tanpa didesak untuk berkahwin dan menyedari hak mereka untuk taraf hidup, kesihatan, pendidikan yang baik, serta kebebasan dari norma sosial yang negatif.

“Kegiatan ini, bersama dengan pindaan undang-undang terhadap Enakmen Mahkamah Anak Negeri dan Mahkamah Syariah, adalah antara aktiviti dalam “Pelan Tindakan 10 Tahun untuk Menamatkan Perkahwinan bawah 18 Tahun” yang diterimapakai oleh Kementerian Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri pada tahun 2019″ kata Jannie.

“Kunjungan ke Kementerian bagi saya adalah penting untuk memastikan kesinambungan komitmen kerajaan masa lalu yang penting bagi rakyat, dalam hal ini, perlindungan kanak-kanak kita,” tambah Jannie.

Pasukan PACOS Trust juga menjemput Menteri untuk menjadi sebahagian dari inisiatif untuk merangka dasar bagi Sabah yang menetapkan kuota kepada 30 peratus wanita di semua tahap pembuatan keputusan di sektor awam.

Untuk memulakan panggilan ini, webinar akan diadakan pada Mac 23 bagi mendapatkan sokongan jabatan-jabatan kerajaan, NGO, pemimpin masyarakat dan sektor swasta, mendengar pengalaman antarabangsa dan nasional serta inisiatif tempatan dalam mempersiapkan wanita memenuhi kuota ini.

“Latihan advokasi dan kepemimpinan, dan melibatkan lelaki dan wanita dalam kedudukan kepemimpinan dapat memperkasakan wanita dan meningkatkan lagi kuota 30 peratus” kata Anne Lasimbang, Pengarah Eksekutif PACOS Trust.

Jannie percaya bahawa perkahwinan kanak-kanak dapat diatasi dan memberikan masa depan yang lebih baik untuk mereka dan memastikan 30 peratus wanita berada dalam posisi kepemimpinan, tetapi untuk membuat perubahan secara besar-besaran, badan antarabangsa, kerajaan, dan pemimpin-pemimpin politik dan agama perlu berpadu dan berkomitmen untuk menempatkan hak asasi manusia untuk bertindak di seluruh dunia.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started