
KOTA KINABALU: Dua Individu yang dikatakan bekas ahli DAP Keningau berpaling tadah kepada STAR tidak pernah menjadi ahli DAP
Kedua-dua individu yang menyertai Parti Solidariti Tanah Airku baru-baru ini dan menyebut diri mereka “bekas ahli DAP Keningau” sebenarnya bukan ahli DAP sama sekali.
“Namun, saya telah memeriksa senarai ahli DAP dan Foh Su Ming @ Nelson Manjin atau Michael Ng Hung Kee tidak disenaraikan sebagai ahli di mana-mana cawangan DAP di seluruh Malaysia,” kata Henry Shim Chee On, Setiausaha Organisasi DAP Sabah dalam satu kenyataan.
Mereka sebelum ini dilantik sebagai anggota Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) di Keningau di bawah kuota DAP, tetapi mereka tidak pernah menyertai DAP secara rasmi.
Di bawah perlembagaan DAP, mana-mana ahli DAP yang menyertai dengan parti politik lain akan dilucutkan keahlian mereka dengan serta merta.
“Oleh itu, sebarang dakwaan kononnya mereka berpaling tadah atau lompat parti tidak berlaku kerana kedua-duanya tidak pernah menjadi anggota atau pemimpin DAP dari mula lagi dan tidak berhak untuk bercakap bagi pihak DAP,” tambah Shim.

Leave a comment