NORAZMI ALIMAT

OLEH PEMBERITA SABAHTODAY
KOTA KINABALU: Wira Warisan sememangnya meletakkan sepenuh keyakinan terhadap kemampuan, kredibiliti serta kelayakan Datuk Seri Panglima Haji Shafie Apdal untuk menyandang posisi Perdana Menteri Malaysia.

“Bukan kita mahu mendabik dada mahupun menumpang kredit apatah lagi mahu mendapatkan publisiti mudah, akan tetapi hakikatnya adalah jelas bahawa Shafie merupakan antara seorang pemimpin yang layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia pada masa akan datang,” kata Norazmi Hj. Alimat, Exco Wira Warisan.

Pengalaman yang ada pada beliau melalui rentetan karier politiknya ketikamana beliau pernah menerajui lebih kurang 7 kementerian utama dalam kabinet Malaysia memperlihatkan satu aset yang cukup berguna sebagai pengukur kemampuan dan sifat kepimpinan beliau, kata Norazmi.

“Tidak akan pokok bergoyang tanpa ditiup angin, setiap yang berlaku mesti berasbab, begitulah juga ketikamana pernah sebelum ini negarawan negara Tun Mahathir Mohamad dan beberapa pemimpin besar negara berani untuk mencalonkan Shafie sebagai calon Perdana Menteri Malaysia akan datang.”

“Ketrampilan yang sentiasa sederhana, tutur kata yang lemah lembut tapi berisi, bervisi dan komited adalah beberapa ciri kepimpinan yang ada pada beliau,” tambah beliau.

Tidak hairan beliau telah berjaya merekodkan beberapa pencapaian cemerlang ketika menjawat posisi sebagai seorang Menteri terbaik khususnya ketika beliau menjadi Menteri KKLW suatu masa dahulu.

Beliau (Shafie) sudah melalui pelbagai asam garam politik negara, beliau juga sudah berpengalaman dalam banyak urusan pentadbiran negara sebagai Menteri, Timbalan Menteri dan Pegawai Kerajaan.

Usia pengalaman politik dan kepimpinan yang telah hampir 40 tahun mematangkan beliau. Beliau tahu apa yang negara perlukan dan inginkan untuk terus maju dalam segala aspek.”

“Secara peribadi, apa yang menarik perhatian saya terhadap kemampuan kepimpinan beliau adalah karisma dan cetusan idea konsep ‘Unity’ yakni Perpaduan seluruh BANGSA MALAYSIA yang dicaknakan dalam visi perjuangan WARISAN yang beliau terajui,” Norazmi berkata.

“Bukan sahaja Sabahan dan Sarawakian malah rakan-rakan kita di semenanjung khasnya anak-anak muda terpanggil untuk menyahut seruan unity ini.”

‘We are here to build a nation, not a particular race or religion’ dan ‘Kita memimpin sebagai suatu ibadah, berkhidmat kepada rakyat selagi mana rakyat mahu kita berkhidmat kepada mereka’ merupakan kata-kata dan pegangan beliau yang patut dicontohi untuk menjadi seorang pemimpin yang hebat.

Maka, tidak hairanlah rakyat Malaysia kini sudah mula melihat akan sebutir ‘Permata’ yang berasal dari negeri di bawah bayu ini sebagai seorang yang layak dan mampu untuk mentadbir negara dan dinobatkan sebagai Perdana Menteri.

Wira Warisan di bawah pimpinan Datuk Mohd Azis Jamman serta seluruh pimpinan Wira Warisan mendoakan agar DSSA sentiasa sihat walafiat dan sentiasa dalam lindungan Rahmat Allah dalam menjalankan tugas beliau sebagai pemimpin ulung negara.

“Dont Stop Believing, In Sha Allah, dengan kemampuan dan karisma DSSA kita akan melihat anak jati borneo ini akan memimpin negara dengan sebaiknya menuju era kegemilangan dan membawa maruah BANGSA MALAYSIA terus maju ke hadapan di bawah pimpinan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia kelak.

BERITA BERKAITAN: – https://thesabahtoday.news.blog/2021/03/16/shafie-apdal-saya-sedia-jadi-pm-jika-rakyat-malaysia-mahu/

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started