SHAFIE APDAL

OLEH ZARA BEDA
KOTA KINABALU: Senario politik yang sedang berlaku ketika ini jelas menunjukkan perjuangan pemimpin politik jauh tersasar daripada niat asal ingin membangunkan negara.

Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Apdal berkata, pemimpin pada masa ini ramai yang mengutamakan kepentingan peribadi dan bukannya ingin membangunkan Malaysia.

Ahli Parlimen Semporna ini berkata, pemimpin dahulu mencurahkan khidmat bakti demi membangunkan bangsa dan negara.

“Ada yang mahu menjadi pemimpin untuk menjadi jutawan. Niat itu sudah tersasar jauh jadi kita kena kembali semula kepada niat yang betul.

“Ketika baru mencapai kemerdekaan, pemimpin dapat membina asas yang kukuh dalam menyatukan rakyat dan kita berjaya membangun dari sebuah negara yang miskin kepada negara yang mampu bersaing dengan negara lain di dunia, bukan hanya di Asian.

“Ini kerana pemimpin politik ketika itu mempunyai nilai murni yang tinggi, minda mereka adalah ingin berkhidmat kepada rakyat secara menyeluruh,” katanya dalam Sesi Soal Jawab menerusi Facebook live, di sini Isnin.

Dalam senario hari ini, sekiranya Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksana dengan betul, ia mampu menyatupadukan rakyat. Selain membasmi kemiskinan, ia dapat membantu menyatukan rakyat di negara ini.

Ketika ini, nilai-nilai yang ada dalam kalangan ahli politik menyebabkan mereka dicemuh oleh rakyat kerana tindakan melompat parti.

Seharusnya, pemimpin politik perlu bekerjasama dalam membina negara dan menyatupadukan rakyat.

Dalam isu melompat parti, rakyat perlu memainkan peranan dalam memastikan kerjaya politik individu yang melompat parti ini berakhir.

“Ketika Warisan tumbang, ada yang melompat keluar dari Warisan sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri.

“Kita dapati apabila mereka bertanding balik, mereka kalah. Ini bermakna pengundi boleh menentukan nasib ahli politik. Bukan setakat undang-undang sahaja boleh menyekat mereka, rakyat juga harus menyekat mereka.

“Sekiranya rakyat menolak budaya lompat parti ini, mereka (ahli politik) tidak akan melakukannya kerana ia akan menamatkan kerjaya politik mereka,” ujarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang ini berkata, beliau berharap undang-undang lompat parti dapat digubal pada masa akan datang bagi menyekat ahli politik daripada melompat parti.

Azmin Ali pernah menjadi timbalan presiden PKR; sekarang dia ahli Bersatu.

Menurutnya, beliau tahu kebebasan bersuara dan berpersatuan terkandung dalam Perlembagaan namun, jika tiada sekatan atau halangan, perbuatan melompat parti akan berterusan.

Peruntukan undang-undang perlu ada bagi memastikan trend lompat parti ini dapat dihentikan.

“Kita perlu ingat keyakinan rakyat yang meletakkan kita sebagai wakil rakyat mereka. Kita dipilih kerana rakyat mendengar ucapan kita semasa berkempen, mereka baca manifesto dan perjuangan kita jadi, mereka percaya kepada kita.

“Jadi pemimpin perlu tunaikan janji, kita menjual harapan rakyat. Oleh itu, mana yang melompat, jangan undi balik kerana tiada jaminan untuk mereka tidak melompat kerana mereka sudah biasa,” jelasnya.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started