OLEH PEMBERITA SABAHTODAY
KOTA KINABALU: Tuduhan Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bahawa wujudnya transaksi mencurigakan ketika Kerajaan Parti Warisan Sabah (WARISAN) meluluskan pinjaman sebanyak RM300 juta melalui Sabah Development Bank (SDB) kepada Air Asia Berhad akhirnya terbukti tidak benar.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor sebelum ini mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara itu sehingga menimbulkan persepsi negatif terhadap WARISAN, namun kini segala-galanya telah terjawab.

Melalui surat daripada Ahli Lembaga Pengarah SDB yang tular hari ini, SDB memaklumkan hasil siasatan SPRM mendapati transaksi pemberian pinjaman itu dilakukan mengikut lunas undang-undang.

“SDB ingin menyatakan bahawa fail dan dokumen yang diminta oleh SPRM untuk membantu siasatan mereka telah dipulangkan kepada pejabat kami pada 13 Januari 2021.

“SPRM juga telah mengesahkan bahawa siasatan tidak menemukan sebarang bukti salah guna kuasa di bawah AKTA SPRM 2009,” jelas surat berkenaan .

Surat berkenaan ditandatangani Pengerusi SDB, Datuk Pengiran Hassanel Pg Mohd. Tahir dan Ketua Pegawai Eksekutif SDB, Datuk Vincent Pung Yee Kiong.

Pinjaman berkenaan yang diberikan SDB kepada Air Asia adalah bertujuan membantu syarikat penerbangan tambang murah itu membangunkan projek ‘Our Farm’ di Sabah bagi merancakkan sektor pertanian.

Langkah tersebut selari dengan usaha kerajaan pimpinan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal ketika itu yang memfokuskan kepada pembangunan sektor pelancongan negeri bagi menjana pendapatan untuk rakyat.

Bagaimanapun, niat murni itu dipolemikkan oleh GRS kononnya WARISAN cuba membantu Air Asia yang ketika itu dilanda kemerosotan perniagaan akibat pandemik Covid-19.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started