Junz Wong melawat kilang Linaco di Batu Pahat, Johor, diiringi Joe Ling, Pengarah Urusan Linaco.

OLEH ZARA BEDA
KOTA KINABALU: Projek penanaman kelapa bernilai RM420 juta dan pembinaan kilang pemprosesan kelapa dengan nilai pelaburan RM200 juta yang diumumkan Ketua Menteri semalam (Isnin) juga terbukti hasil usaha kerajaan Parti Warisan Sabah (WARISAN) sebelum ini.

Pelaburan oleh Kumpulan Linaco yang dicanang Datuk Seri Hajiji Noor kononnya hasil usaha Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di kawasan seluas 4,000 hektar itu sebenarnya telah diusahakan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah sebelum ini, Datuk Junz Wong.

Hakikatnya, usaha kerajaan WARISAN menarik Linaco untuk melabur ke Sabah bermula pada 2 November 2018 apabila delegasi kerajaan ketika itu diketuai Junz mengunjungi kilang Linaco di Batu Pahat Johor.

Hasil pertemuan awal itu, perbincangan mula dijalankan untuk membuka laluan kepada Linaco sebagai pengilang kelapa terbesar Malaysia beroperasi di negeri ini dengan memanfaatkan tanaman kelapa di kawasan seluas antara 10,000 hingga 25,000 ekar.

Lembu punya susu, sapi dapat nama.

Susulan daripada pertemuan itu, Junz memulakan siri lawatan ke seluruh negeri termasuk ke Stesen Penyelidikan Ulu Dusun, Sandakan bagi mencari tapak yang sesuai untuk Linaco.

Lawatan tersebut juga adalah memastikan Sabah dapat menyediakan bekalan kelapa yang secukupnya kepada Linaco untuk beroperasi.

Selepas itu, Junz mengadakan majlis makan malam santai bersama pegawai kanan Linaco di negeri ini bagi membincangkan proses akhir sebelum memorandum persefahaman antara kerajaan Sabah dan Linaco dimeterai.

Penjelasan saya tentang rancangan bersama Linaco, serta bagaimana ia bermanfaat kepada orang kampung. Malangnya Covid-19 melanda pada penghujung tahun 2019. Tapi perancangan Warisan untuk Sabahans tidak terbatal, cuma tergendala.

Junz dalam posting di Facebook berkata, usaha pemeteraian memorandum bersama Linaco bagaimanapun terhenti pada awal 2020 disebabkan pandemik Covid-19 sebelum bersambung semula pada Jun 2020.

Dalam pertemuan pada 22 Jun 2020 di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), Linaco membentangkan kertas kerja kepada Ketua Menteri ketika itu, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan semua agensi kerajaan berkaitan termasuk Jabatan Tanah dan Ukur.

Bagaimanapun menurut Junz, semua perancangan yang disusun rapi itu tergendala disebabkan pergolakan politik yang berlaku di negeri ini disebabkan tindakan Perikatan Nasional (PN) membeli wakil rakyat.

“PN datang Sabah beli katak. GRS berjaya meranpas kuasa.

“Tiba-tiba GRS buat majlis untuk beritahu Sahahan ini usaha dia,” katanya.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started