OLEH SYAFIA AMIN
KOTA KINABALU: Jika dahulu Parti Warisan Sabah (Warisan) dituduh menternak PATI tapi kini, setelah menjadi kerajaan, apa yang pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) lakukan.

Itu persoalan yang dibangkitkan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal menerusi The Unity Show Live Facebook, semalam.

Apa yang digembar-gemburkan Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin dan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah, Jeffrey Kitingan semasa pilihan raya negeri (PRN) Sabah lalu untuk menghantar pulang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Sabah, kini tidak dilaksanakan.

Setelah hampir enam bulan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menjadi kerajaan, isu PATI di Sabah masih tidak mampu diselesaikan seperti yang dijanjikan.

SHAFIE APDAL

Malah, sehingga kini tiada kedengaran tuntutan dibuat dalam mendapatkan hak-hak Sabah melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Mantan Ketua Menteri Sabah ini berkata, semasa Warisan menjadi kerajaan, 17 daripada 21 Perkara yang terkandung dalam MA63 berjaya dituntut daripada kerajaan persekutuan.

Malah, Warisan juga berjaya menuntut daripada Petronas cukai jualan lima peratus bagi produk petroleum di negeri ini.

Menurutnya, tuntutan-tuntutan ini berjaya dipenuhi semasa pemerintahan Warisan dan bukannya semasa pemerintahan kerajaan terdahulu.

‘Dulu Mahu Hantar PATI Pulang, Sekarang Apa Cerita’ – Gambar internet

Dalam penstrukturan sektor awam pula, Warisan bejaya menaikkan skala gred Pegawai Daerah kepada Gred 54 berbanding sebelum ini.

Disamping itu, bagi pembangunan sektor pendidikan, peruntukan bagi biasiswa daripada Yayasan Sabah turut ditingkatkan kepada RM50 juta setahun.Malah, peruntukan RM20 juta diberikan untuk menghantar penjawat awam melanjutkan pengajian di luar negara.

Tambahnya, beliau tidak pasti jika peruntukan sebegitu diteruskan oleh kerajaan yang memerintah Sabah sekarang.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started