
OLEH SABAHTODAY
KUALA LUMPUR: Tan Sri Musa Aman diperintah membayar kos mahkamah sebanyak RM60,000 kepada Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Apdal selepas menarik balik rayuan berhubung pertikaian dalam isu siapa Ketua Menteri Sabah yang sah selepas PRU 2018.

Turut diperintah membayar RM20,000 kepada Mohd. Shafie ialah ADUN Tamparuli, Datuk Jahid Jahim yang juga menarik balik rayuan bagi kes sama.
Perintah tersebut dikeluarkan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Rohana Yusuf di Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur hari ini yang dibuat menggunakan aplikasi zoom.

Terdahulu, peguam Jahid, Datuk Firoz Jamaludin Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin memberitahu mahkamah anak guamnya menarik balik rayuan berkenaan.
Sementara itu, peguam Mohd. Shafie, Datuk Douglas Lind berkata, perintah tersebut dikeluarkan selepas mahkamah menerima penarikan balik rayuan berkenaan dengan kos.
Kerajaan negeri yang turut disaman Musa bagaimanapun tidak menuntut sebarang bayaran kos mahkamah.
“Tiada tuntutan kos mahkamah daripada kerajaan negeri kepada Musa atau Jahid,” katanya.

Leave a comment