
MUDA ingin mengumumkan bahawa kami sedang menguruskan usaha untuk memfailkan kes di mahkamah dengan secepat mungkin berkaitan penangguhan perlaksanaan #UNDI18. Alasan yang dikemukakan tidak masuk akal dan seolah-olah memperbodohkan rakyat Malaysia.
Tidak masuk akal sewaktu PKP dan pengumuman darurat, pelajar sekolah masih perlu belajar dari rumah, rakyat mesti mencari rezeki membayar hutang bank tapi agensi kerajaan beri alasan remeh isu birokrasi. Takkan urusan pendaftaran makan masa lebih dua tahun.
Kami melihat penangguhan ini melanggar hak asasi demokrasi dan ianya bercanggah dengan perlembagaan negara, lebih dari dua 2/3 wakil rakyat telah menyokong usul ini, maka benarlah kerajaan hari ini begitu takut dengan anak muda.
Kerajaan hari ini nampaknya begitu tekad mahu menekan anak muda.
Hendak seribu daya, TAKUT seribu dalih.
Selamatkan #undi18
manaundikami

Leave a comment