SHAFIE APDAL

OLEH SYAFIA AMIN
KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah menegaskan bahawa budaya lompat parti yang semakin berleluasa mesti dihentikan bagi memastikan kestabilan politik.

Presidennya, Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Apdal berkata, setiap wakil rakyat mempunyai tanggungjawab untuk memenuhi mandat rakyat yang memilih mereka berdasarkan kepada parti yang mereka wakili ketika bertanding.

Beliau berkata demikian apabila menjawab soalan samada Warisan akan menerima semula mana-mana pemimpin Warisan yang melompat parti, pada The Unity Show Live Facebook, di sini baru baru ini.

“Bukan kita tidak boleh menerima, kita ada sifat pemaaf tetapi, jika dibenarkan mereka ini melompat selepas menerima duit dan kemudian diterima masuk (parti) semula, adakah kita mahu nilai sebegini berterusan. Dalam hidup kita kena ada disiplin.

“Kita nampak keadaan ini (lompat parti) sudah menjadi satu budaya. Kita kena melihat nilai yang baik dalam kehidupan. Bila orang mengecewakan pengundi Warisan, kita kena melihat pimpinan seumpama ini,” katanya.

Mengenai usaha mencapai perpaduan dalam politik, Mohd Shafie berkata, pendekatan yang lebih inovatif perlu diambil bagi menggunakan pendekatan ekonomi dalam menyatupadukan rakyat.

Katanya, ketika ini ramai yang kehilangan mata pencarian dan pekerjaan maka, gunakan pendekatan ekonomi dalam menyatukan rakyat yang berdepan kesusahan ketika ini.

“Kita tidak boleh hanya menggunakan budaya, bangsa dan agama untuk menyatukan rakyat. Memang kita kena hormati budaya dan agama tetapi, kita tidak pernah menggunakan ekonomi untuk berkongsi dengan rakyat.

“Sekarang rakyat inginkan kehidupan yang lebih baik. Jika kita berterusan bercakap soal bangsa dan agama yang ketika ini sedang berpecah, usaha memupuk perpaduan tidak mampu dicapai,” ujarnya.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started