Sungai Putatan

OLEH SYAFIA AMIN
PENAMPANG: Isu banjir yang berlaku di daerah ini perlu ditangani dengan segera melalui kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan parit monsun serta pembesaran sungai.

Ahli Parlimen Penampang, Datuk Darell Leiking berkata, agensi terlibat seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) perlu bertindak aktif dalam memastikan pembersihan parit monsun ini dilakukan secara berkala dalam tempoh sebulan sekali dan bukannya enam bulan sekali, seperti dilakukan pada masa ini.

Beliau berkata, Jabatan Meteorologi meramalkan musim hujan akan berlaku antara Mac hingga Oktober ini jadi, kerja pembersihan parit monsun yang tersumbat perlu dilakukan sekurang-kurangnya sebulan sebelum musim hujan.

Leiking, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Moyog ini berkata, Pusat Khidmat Rakyat P.174 Penampang telah mengadakan program pencegahan banjir pada 2019 dan 2020.

DARELL LEIKING

Program yang membabitkan semua agensi kerajaan dan Majlis Pengurusan Ketua Kampung (MPKK) ini dilihat membantu mengurangkan impak banjir yang berlaku.

Katanya, menerusi program itu, aktiviti pembersihan parit dilakukan di kawasan kampung di bawah pemantauan agensi kerajaan persekutuan dan negeri. Usaha itu turut membantu mengurangkan impak banjir bagi membolehkan pengaliran air di parit lebih lancar biarpun berlakunya banjir kilat di beberapa kawasan.

Beliau berkata demikian kepada media ketika mengulas mengenai isu banjir yang berlaku di Penampang sejak kebelakangan ini.

Leiking juga mencadangkan agar program pembersihan parit dilakukan secara berjadual agar parit sentiasa bersih dan semua sampah serta tumbuhan dibersihkan terutama di kawasan sering berlaku banjir.

Katanya, kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan perlu dilakukan secepat mungkin secara berterusan bagi mengurangkan impak banjir kilat di kawasan Penampang.

Banjir di Donggongon

“Jika hujan dijangka berlaku pada Mei dan Jun, kerja-kerja pembersihan seharusnya selesai sebulan sebelumnya bagi mengelakkan parit kembali tersumbat. Jika dilakukan terlalu awal, dikhuatiri parti akan kembali tersumbat.

“Adalah lebih baik kerja pembersihan dilakukan setiap minggu atau setiap bulan kerana JKR memaklumkan kerja pembersihan dilakukan sekali dalam tempoh enam bulan,” jelasnya.

Leiking turut menegaskan bahawa isu pembesaran sungai di Kampung Sailan, Putatan yang dibincangkan pada awal tahun lalu semasa mesyuarat Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah serta wakil rakyat di kawasan tersebut perlu segera dilaksanakan.

Katanya, JPS memaklumkan 70 peratus dari Sungai Moyog mengalir sehingga ke Sungai Putatan namun, sehingga kini aliran air sungai agak perlahan disebabkan keadaan sungai yang sempit.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Putatan, Awang Husaini Sahari meminta JPS mengambil tindakan segera bagi memulakan projek berkenaan berikutan tempoh memindahkan penduduk yang tinggal di tebing Sungai Putatan telah tamat.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started