OLEH ZARA BEDA
KOTA KINABALU: Tan Sri Muhyiddin Yassin kini mempunyai kuasa untuk menggunakan wang negara tanpa semak dan imbang selepas meluluskan Seksyen 10a dan Seksyen 10b dalam Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021.

Mengulas perkara itu, Ahli Parlimen Papar, Ahmad Hassan berkata, kuasa yang diberikan kepada Perdana Menteri, Ketua Menteri atau Menteri Besar itu merupakan satu pengkhianatan terhadap sistem Demokrasi Berparlimen yang termaktub dalam Perlembagaan.

“Memperkenalkan dua seksyen baru, iaitu Seksyen 10a dan 10b dalam Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 tidak releven kerana Ordinan baru ini juga menggantung Perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 dan Perenggan 2(2)(b) Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946, yang berkaitan kuasa Dewan Rakyat berhubung soal kewangan.

“Perdana Menteri sepatutnya membenarkan sidang Parlimen agar proses semak imbang dapat dilaksanakan dan menghidupkan demokrasi seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

AHMAD HASSAN

Terdahulu hari ini, pindaan dalam Ordinan Darurat itu bermakna Muhyiddin boleh menambah perbelanjaan daripada Kumpulan Wang Disatukan tanpa kelulusan wakil rakyat.

Kebisaannya, penggunaan Kumpulan Wang Disatukan perlu dibentang di Parlimen manakala di peringkat negeri perlu dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) terlebih dahulu untuk mendapatkan kelulusan.

Ahmad berkata, langkah Kerajaan Perikatan Nasional (PN) itu bertentangan dengan Perlembagaan 150 Akta Darurat kerana membenarkan penggunaan kewangan yang membolehkan kerajaan melakukan keputusan berat sebelah.

Katanya, Ahli Parlimen bukan setakat makan gaji buta sebaliknya mereka mempunyai amanah daripada rakyat untuk memantau sistem pentadbiran negara.

“Ini telah pun terbukti dengan janji janji manis pihak kerajaan yang menjanjikan komputer riba kepada setiap pelajar yang tidak kunjung tiba dan Geran Khas Prihatin yang masih dalam keadaan tidak menentu dan terurus, dalam ini lebih menambah luka kepada rakyat dengan keputusan memberikan mandat kepada pihak kerajaan sahaja sedangkan pihak pembangkang yang pilih oleh rakyat juga sepatutnya berhak untuk bersuara.

“Saya selaku ahli dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) juga mempunyai pengalaman dalam hal ini dan apa yang perlu sebenarnya perdana menteri perlu membenarkan Parlimen bersidang bukan lari daripada masalah ketakutan untuk mendapatkan majoriti dalam dewan dijadikan alasan sekiranya yakin dengan institusi demokrasi yang ada.

“Adakah kami ahli Parlimen hanya makan gaji buta yang rakyat telah amanahkan kepada kita selaku ahli Parlimen,” katanya.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started