OLEH SABAHTODAY
KOTA KINABALU: Portal Nabalu News dan Program Bahasa Kadazandusun Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini menandatangani memorandum persafahaman bagi menjayakan Mari Belajar Bahasa Kadazandusun.

Nabalu News diwakili oleh Ketua Editornya Marryan Razan manakala Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI diwakili Pensyarah Kanan Program Bahasa Kadazandusun UPSI Dr.Rosliah Kiting dan disaksikan oleh Naib Presiden UPKO yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick.

Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman itu diadakan di Sutera Harbour Golf Club, di sini.

Dr. Rosliah berkata, dalam program ini, pihak UPSI bekerjasama merangka program pendidikan secara maya, membekalkan kepakaran linguistik, menyediakan khidmat perundingan dan menyemak kandungan program yang dimuatnaik dalam Portal Nabalu News.

“Pemilihan saya mewakili Program Bahasa Kadazandusun, UPSI oleh Portal Nabalu News sebagai rakan kerjasama menjayakan program Mari Belajar Bahasa Kadazandusun merupakan satu pengiktirafan terhadap pengajian bahasa etnik ini.

“Selain itu, ianya sebagai usaha merealisasi konsep 3R UPSI iaitu Referred, Relevant and Respected, menjadi rujukan utama berkaitan pendidikan dalam rantau Asia,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

Dr.Rosliah berkata, ruang ini akan membantu memantapkan lagi program pendidikan Bahasa Kadazandusun tanpa sempadan sesuai dengan corak pembelajaran digital semasa, masa kini.

“Kini pembelajaran Bahasa Kadazandusun lebih mudah dicapai melalui penerbitan maya Nabalu News yang peka dengan keperluan masyarakat secara lebih meluas iaitu menjangkau kepada keperluan pelestarian bahasa ibunda.

“Isu berkaitan kelemahan penguasaan generasi muda terhadap bahasa ibunda bukan isu baru tetapi telah lama ditimbulkan dan sentiasa hangat diperkatakan.

“Oleh itu saya memuji usaha Nabalu News yang telah mendahului langkah mewujudkan ruangan belajar Bahasa Kadazandusun secara maya agar liputannya lebih luas dan menyeluruh,” katanya.

Sementara itu Marryan berkata, ruangan Belajar Bahasa Kadazandusun dimulakan pada Februari lalu dan disiarkan tiga kali seminggu iaitu setiap Isnin, Rabu dan Jumaat.

Beliau berkata, ini adalah antara usaha Nabalu News membantu memartabatkan bahasa ibunda masyarakat Kadazandusun selain memaparkan berita-berita semasa dari dalam dan luar negara.

“Pengwujudan ruangan belajar Bahasa Kadazandusun melalui portal berita dan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram pada masa kini dilihat amat bersesuaian kerana kebanyakan generasi muda lebih gemar membaca berita melalui online.

“Saya berharap usaha Nabalu News dan UPSI ini menjadi satu permulaan yang baik ke arah memartabatkan bahasa dan budaya Kadazandusun,” katanya.

Turut hadir Pengurus Besar Nabalu News Rowindy Lawrence, Penasihat Yayasan Bahasa Kadazandusun (KPF) Tan Sri Bernard Dompok, Pengerusi KLF Datuk Philip Lasimbang, kakitangan Nabalu News, Nabalu Maju dan wakil UPSI.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started