Keadaan lori yang membawa muatan kenderaan rosak selepas terbabas sendiri dalam kejadian kemalangan di Jalan Kimanis-Keningau.

OLEH PEMBERITA SABAHTODAY
PAPAR: Perjalanan tujuh sekeluarga dari Keningau ke Kota Kinabalu berakhir dengan tragedi apabila tiga daripadanya maut manakala empat lagi cedera selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 42, Jalan Kimanis-Keningau, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 malam, lori yang dipandu seorang lelaki itu turut membawa muatan sebuah van rosak serta terdapat enam penumpang didalamnya.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Batholomew Ak Umpit berkata, siasatan awal mendapati, pemandu lelaki ditemani oleh isteri dan lima anaknya iaitu seorang lelaki dan empat perempuan menuju ke arah Kota Kinabalu.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, lori terbabit dipercayai dipandu laju dan hilang kawalan sebelum terbabas sendiri ke jalan bertentangan serta melanggar tebing bukit sebelah kanan jalan.

“Siasatan lanjut juga mendapati brek lori terbabit dipercayai gagal berfungsi dengan baik dan melanggar tebing sehingga kenderaan itu berhenti,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Batholomew berkata, akibat kejadian itu, pemandu tersepit di bahagian hadapan lori manakala isteri dan anak perempuannya terhumban keluar dari lori berkenaan.

Pasukan bomba memulakan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam lori dalam kejadian kemalangan di Jalan Kimanis-Keningau.

“Ketiga-tiga mangsa berusia lingkungan 12 hingga 40 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Manakala empat lagi anak pasangan itu termasuk seorang berusia 15 tahun mengalami cedera parah dan tiga lagi berusia antara empat hingga 10 tahun cedera ringan,” katanya.

Katanya lagi, semua mangsa yang terselamat berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba dari kepala lori berkenaan dan telah dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Papar untuk rawatan lanjut.

“Mangsa yang maut juga dibawa ke hospital untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started