Gambar hiasan

OLEH SYAFIA AMIN
KOTA KINABALU: Perbuatan mencabul dan cubaan merogol mangsa berusia 15 tahun di ruang stor kedai runcit membawa kepada penangkapan seorang lelaki warga India, di Sinsuran, pada Ahad lalu.

Lelaki yang merupakan pengurus kedai runcit berusia 33 tahun itu disyaki cuba mencabul seorang pekerja di kedai runcit berkenaan.

SUPT GEORGE RAKAM

Dalam kejadian pada 2.30 petang itu, mangsa dikatakan sedang membuat kerja menyusun barang di stor kedai di tingkat satu. Pengurus kedai runcit itu kemudian masuk ke stor berkenaan lalu bertindak menarik mangsa dan terus mencabulnya dan kemudian cuba merogol mangsa.

Mangsa kemudian meronta-ronta meminta tolong dan berjaya meloloskan diri dengan turun ke tingkat bawah untuk meneruskan kerjanya seperti biasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman berkata, mangsa membuat laporan polis pada 10 malam hari yang sama selepas mengambil upahnya.Siasatan lanjut mendapati mangsa mula berkerja di kedai tersebut pada 24 Mac lalu dengan mengaku sebagai remaja berusia 18 tahun.

“Mangsa kemudiannya dirujuk ke Pakar Pediatrik Hospital Likas untuk pemeriksaan fizikal. Suspek kemudiannya berjaya ditahan dan direman untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started