OLEH SYAFIA AMIN & ZARA DEBA
KOTA KINABALU: Keadaan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang berantakan sehingga menjejaskan pentadbiran negara berpunca daripada pemimpin-pemimpinnya yang berpakat demi untuk mendapatkan jawatan semata-mata.

Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, perpecahan yang berlaku menyukarkan lagi situasi politik negara apabila rakyat turut berpecah mengikut perjuangan pemimpin masing-masing.

Tegas beliau, PN seolah-olah terlupa bahawa mereka perlu membawa suara rakyat yang mahu perubahan atau reformasi pentadbiran negara ke arah lebih baik bukannya kerjasama yang berteraskan jawatan tanpa nawaitu murni.

“Bayangkan hari ini pembentukan PN asasnya itu tiada kemurnian penyatuan apa itu? penyatuannya atas perbalahan pecahnya PKR pecahnya Bersatu pecahnya semua parti yang ada jadi penyatuan umat tidak dapat kita satukan kerana mengikut kehendak setiap individu yang mempunyai hala tuju tertentu.

“Jadi agak kong sikit politik kita cukup mencabar bukan senang seperti yang kita boleh fikirkan yang ada di Semenanjung rakyat kita sangat berpecah bukan hanya dalam parti bahkan juga akar umbi di situ masing-masing dengan ikutan fahaman mereka masing-masing jadi ini membimbangkan saya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program bual bicara The Perspektif yang disiarkan secara langsung di laman Facebook malam tadi.

Internet photo courtesy of Cheo Yee Huang/Malaysiakini

Mohd. Shafie berkata, pemimpin yang ada sekarang kebanyakannya lupa tentang semangat pembentukan Malaysia yang berjaya hasil rundingan dan demi memastikan suara rakyat didengari.

Katanya, Suruhanjaya Cobbold dibentuk sebelum penubuhan Malaysia untuk melakukan rundingan demi kebaikan setiap rakyat Malaysia tetapi semangat tersebut kini tidak lagi diamalkan.

“Kita mahu membina sebuah negara jangan lupa kalau mahu membina negara mesti menyentuh hati setiap rakyat Malaysia bagaimana melakukannya satu padukan rakyat Malaysia bukan hanya ada ada kerjasama tetapi berkongsi kek ekonomi yang ada salah satu yang terbaik dan alat paling berkesan menyatukan rakyat.

“Tetapi kalau kek itu tidak dikongsikan bersama oleh semua lapisan rakyat maka itu akan jadi perbalahan pergaduhan.

“Maka saya jangka dalam PRU akan datang apa-apa sahaja boleh berlaku daripada segi kedudukan tetapi pendirian kita amat jelas dan tegas daripada sudut itu sekiranya berlaku kadang-kadang saya dimaklumkan sertai kami untuk dapatkan mandat tetapi tidak tanya kita apa kehendak kita tidak bincang dulu semeja.

“Kita bentuk Malaysia kita berunding Cobbold Suruhanjaya tetapi kita lupa pasal itu mandat suara rakyat tetapi kadang-kadang kepentingan peribadi kita menjadi keutamaan,” katanya.

Mengenai konsep perpaduan atau Unity yang diperjuangkan Warisan, Mohd Shafie berkata, pendekatan itu amat penting dalam usaha membina sebuah negara.

Dalam PRU ke-14 lalu, Warisan Plus memenangi 14 daripada 25 kerusi parlimen di Sabah. Daripada jumlah itu, lapan kerusi dimenangi oleh Warisan, tiga kerusi DAP, dua kerusi PKR dan satu kerusi Pertubukan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO).

Manakala, 11 kerusi lagi dimenangi oleh UMNO iaitu dengan dua kerusi, enam kerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan satu kerusi masing-masing dimenangi oleh Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started