SHAFIE APDAL

OLEH SYAFIA AMIN
KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) mengambil pendekatan untuk terus memperkukuhkan kedudukan parti untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Presidennya, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, keutamaan Warisan sekarang bukan untuk membentuk gabungan, sebaliknya mahu memperkuatkan kedudukannya bukan hanya di Sabah tetapi juga di Semenanjung Malaysia.

“Kita kena mengukuhkan parti kita terlebih dahulu. Tiada ertinya kita mempunyai rumah tapi ianya lemah dan berpecah, tiada orang akan mahu bekerjasama dengan parti yang lemah dan berpecah.

“Orang cakap ini adalah soal bilangan kerusi, bila kita mempunyai jumlah (kerusi) yang mencukupi, kita akan menjadi parti yang dihormati dan disegani,” katanya semasa Facebook live mengenai ‘Ke Mana Hala Tuju Politik Malaysia’, di sini semalam.

Namun, di peringkat negeri, Warisan akan terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) sebagai pembangkang yang mempunyai hala tuju perjuangan yang sama iaitu berjuang demi kepentingan negara dan rakyat.

Dalam perjuangan politik tidak boleh terlalu dominan kerana parti yang lemah perlu dibantu dan yang kuat tidak boleh meninggalkan parti yang lemah. Begitulah kerjasama yang dilakukan dalam PH.

“Kita tidak boleh bersendirian dalam perjuangan, kita kena berkerjasama kerana kita bukan sebuah parti yang besar. Dalam PRU akan datang, sekiranya diberi mandat, kita akan membentuk kerajaan melalui kerjasama ini, ” jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang ini.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Semporna ini berkata, penggunaan satu logo dalam pilihan raya juga memberi kelebihan kepada parti. Misalnya, semasa pilihan raya negeri (PRN) Sabah pada September tahun lalu apabila Warisan dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) menggunakan logo yang sama, calon mereka menerima undi yang cukup tinggi.

Katanya, situasi berbeza dengan parti lain yang bertanding menggunakan logo sendiri, undi diterima merosot. Jadi, terbukti, penggunaan logo yang sama amat memudahkan penggundi untuk membuat pilihan.

BERITA BERKAITAN: –

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started