SHAFIE APDAL

OLEH ZARA DEBA
KOTA KINABALU: Walaupun tidak lagi memimpin negeri ini, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mengakui masih berusaha memujuk pelabur-pelabur yang pernah merancang untuk melabur ke Sabah agar meneruskan niat mereka demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.

Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) itu berkata, beliau tetap melakukannya kerana sedar peranannya sebagai pemimpin tetap ada walaupun sebagai pembangkang, malah masih terus berhubung dengan para pelabur tersebut sehingga kini.

Menurut beliau, kebanyakkan pelabur berkenaan telah bersedia datang ke Sabah sebelum ini tetapi situasi politik yang kurang stabil menyebabkan mereka ragu-ragu untuk meneruskan pelaburan.

“Pelabur yang banyak sebenarnya pada masa itu mahu datang ke Sabah tetapi bila WARISAN bukan lagi kerajaan mereka berhubung dengan saya, saya kata tolonglah datang.

“Mereka kata kami tidak yakin dengan kestabilan semasa Malaysia, saya galakan tetapi oleh kerana mereka menyatakan mereka agak bimbang jadi saya kata terpulang kepada anda, tetapi lebih baik kalau boleh datang,” katanya dalam program bual bicara The Perspektif yang disiarkan secara langsung di laman Facebook baru baru ini.

Mohd. Shafie berkata, semasa memerintah Kerajaan WARISAN Plus mempunyai visi yang jelas memanfaatkan sumber bumi dan kedudukan strategik Sabah untuk membangunkan negeri.

Katanya, sebagai contoh beliau pernah mendesak Kementerian Pengangkutan agar membina sebuah pelabuhan entrepot di Sabah kerana lokasi negeri itu yang lebih dekat dengan negara-negara ekonomi dunia berbanding Semenanjung.

“Saya pernah suarakan kita bina pelabuhan di Sabah sebab ada lokasi strategik di situ manfaatkan Sabah sebagai sebuah wilayah untuk negara Malaysia kerana Sabah dekat dengan China, Jepun dan Hong Kong, dekat dengan ibu kota Indonesia akan datang, Kalimantan.

“Kalaulah kita dapat manfaatkannya, saya maklumkan dengan Tun Mahathir Mohamad (semasa menjadi Perdana Menteri) bina hub kewangan di Labuan akan ada pelabur-pelabur banyak pelabur dari Indonesia simpan duit beratus juta di Singapura kita dapat manfaat kalau kita naikkan taraf hub kewangan di Labuan,” jelas beliau.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started