SARIFUDDIN HATA

OLEH SYAFIA AMIN
KALABAKAN: Parti Warisan Sabah menafikan sekeras-kerasnya kenyataan yang mendakwa 5,000 ahli Warisan dari 98 cawangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebatik menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Ketua Bahagian Parti Warisan Sabah (Warisan) Kalabakan, Sarifuddin Hata berkata, kenyataan itu tidak benar kerana jika dilihat dari segi logik, ADUN Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir hanya memperoleh 2,665 undi dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabah ke-16 pada September tahun lepas, jadi dari mana datangnya 5,000 orang yang menyokongnya.

“Saya menasihatkan Hassan untuk berhenti berkata-kata perkara tidak betul. Sedangkan sumpah yang telah dibuat boleh diingkari, apatah lagi ketika ingin meraih sokongan dan simpati rakyat,” katanya ketika mengulas mengenai kenyataan ADUN Sebatik yang mendakwa 5,000 ahli Warisan keluar parti untuk mengikutinya ke dalam BERSATU.

Sarifuddin yang juga ADUN Merotai ini berkata, beliau menepis dakwaan itu dan ia menunjukkan Hassan cuba menipu Ketua Menteri dan pucuk pimpinan BERSATU dari segi angka agar diberi tempat dan jawatan.

“Tidak dinafikan ada ketua cawangan yang beralih sokongan dan menyertai Hassan ke dalam BERSATU tapi ahli-ahli cawangan tidak mengikut mereka.

“Ini penyertaan orang perseorangan yang telah dijanjikan jawatan sebagai ketua kampung, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan ada yang dijanjikan projek,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Sarifuddin berkata, ramai ketua cawangan Warisan Bahagian Kalabakan di kawasan DUN Sebatik menghubunginya dan memaklumkan mereka tidak tahu nama-nama mereka dibawa untuk menyertai BERSATU.

Kebanyakan mereka ini adalah pejuang Sabah yang mahukan parti tempatan menerajui kepimpinan negeri.

“Tindakan Hassan ini tidak dipersetujui oleh mereka. Jadi pada saya, Hassan hanya menipu dari segi angka dan kalau dilihat sejak dari awal lagi, beliau pernah bersumpah atas nama Allah.

Sarifuddin percaya, tembelang Hassan akan pecah sekiranya apa yang telah dijanjikan kepada ketua-ketua cawangan itu tidak ditunaikan.

Semalam, semasa majlis sambutan ulang tahun kedua BERSATU Sabah, ADUN Sebatik itu menyerahkan borang keahlian menyertai Bersatu dan beliau mendakwa 5,000 lagi ahli dari 98 cawangan Warisan di DUN Sebatik turut menyertai BERSATU.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started