
OLEH ZARA DEBA
KOTA KINABALU: Insiden kebakaran di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya mungkin sudah dilupakan oleh kebanyakan pihak.
Namun, bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Aru, Datuk Junz Wong berkata, pasukannya masih meneruskan usaha membantu mangsa-mangsa kebakaran yang masih berdepan fasa yang sukar untuk membina semula kehidupan baharu.

Dengan bantuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat swasta dan sukarelawan, Parti Warisan Sabah (Warisan) meneruskan misi bantuan ke Pulau Gaya.
Semalam, Pejabat DUN Tanjung Aru dengan kerjasama Lion Club menghantar kayu-kayan bagi membina semula jambatan yang menjadi laluan utama penduduk kampung tersebut.

Selain pembinaan semula jambatan, Warisan Bahagian Tanjung Aru juga telah menyumbangkan pek makanan, air minuman dan wang tunai bagi meringankan bebanan kira-kira 200 orang penduduk yang terlibat dalam kebakaran itu.
Kebakaran di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya yang berlaku pada 11 Mac lalu mengakibatkan 73 buah rumah musnah dalam kebakaran tersebut.

Leave a comment