
KINABATANGAN: Kejadian yang menyebabkan 12 kedai di sebuah bangunan musnah di Kampung Paris, Kinabatangan semalam sekali lagi menunjukkan betapa kurangnya kemudahan infrastruktur bomba di kawasan pedalaman Sabah serta punca sumber air yg msh lg perkara asas kpd rakyat sabah
Dalam kejadian awal pagi itu, pasukan bomba hanya tiba di lokasi kejadian selepas bangunan berkenaan hampir hangus sepenuhnya kerana lokasi balai bomba terdekat ialah 56 kilometer dari situ dan masalah bertambah apabila bomba tidak mempunyai sumber air untuk memadam api yang sedang marak.
Ketua Parti Warisan Sabah (WARISAN) Kinabatangan, Mohd. Ismail Ayob berkata, Kerajaan Persekutuan terutama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan perlu membuka mata dan menyelesaikan masalah tersebut kerana Kampung Paris agak luas dengan jumlah rumah melebihi 1200 buah.
“Apa yang boleh dilakukan untuk mengawal api kebakaran yang amat besar jika balai bomba terdekat terletak 56 kilometer dari lokasi kejadian?
“Kebakaran seperti ini memang satu tragedi yang tidak dijangka tetapi di mana logiknya untuk sebuah perkampungan sebesar Kampung Pasir masih belum memiliki balai bomba atau sekurang-kurangnya bomba sukarela yang lengkap dengan jentera memadam api.
“Ini bukan kali pertama kejadian seperti ini berlaku kerana kita tahu masih banyak daerah di Sabah yang mempunyai pekan besar masih tidak memiliki kemudahan balai bomba,” katanya dalam satu kenyataan.
Hakikatnya, selain Kinabatangan, beberapa daerah di Sabah masih belum mendapat kemudahan balai bomba walaupun penduduknya berjumlah puluhan ribu seperti Tongod, Telupid dan Paitan.
Sebagai rekod, pada tahun 2019, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pernah menyatakan rancangan kerajaan membina lebih banyak balai bomba di Sabah tetapi tiada yang berjaya dilakukan.
Zuraida kini masih menjawat jawatan sama di bawah Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Mohd. Ismail berkata, selain ketiadaan balai bomba, ketiadaan sumber air juga menjadi punca kepada kesukaran penduduk untuk membantu memadam kebakaran sementara menunggu ketibaan pasukan bomba.
“Masalah bekalan air memang tidak pernah selesai di kampung ini walaupun telah wujud sejak tahun 1970-an.
“Jika bekalan air itu ada sudah tentu penduduk kampung mempunyai ikhtiar untuk mengawal kebakaran bukannya hanya melihat api marak,” katanya.
Sementara itu, Mohd. Ismail telah meninjau lokasi kebakaran tersebut hari ini dan menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran bagi mengurangkan beban yang ditanggung.
“Saya datang kerana ini tanggungjawab yang dipikul dan sdh tentu kt menyuarakan ini kpd pemimpin2 kerajaan hr ne bg pihak masyarakat kg paris dan memberikan sokongan moral serta sedikit bantuan semampu mungkin kepada mangsa.
“Pada masa sama saya akan terus menggunakan platform saya sebagai pemimpin parti politik di sini untuk mendesak kerajaan agar kemudahan infrastruktur keselamatan seperti bomba dan jg mslh air dpt diselesaikan secepat mungkin
“Saya amat bersimpati dengan kejadian ini dan berjanji akan menggunakan saluran yang ada untuk meminta pihak berkuasa bertindak segera,” katanya.

Leave a comment