SHAFIE APDAL

Oleh SYAFIA AMIN
KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Apdal menyatakan kesediaan menggalas tanggungjawab mentadbir negara sebagai Perdana Menteri, sekiranya diberi kepercayaan oleh rakyat.

Beliau berkata, sekarang bukan lagi masa untuk Datu Seri Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir Mohamad mentadbir negara.

“Jangan cakap hanya itu sahaja pilihan yang ada, kita kena melihat lebih jauh ke hadapan. Apabila bercakap tentang kedudukan, kita juga boleh mempersiapkan diri. Tapi bukan bermakna kita bersedia, saya terlalu inginkan jawatan Perdana Menteri.

“Saya bersedia (menjadi Perdana Menteri) sekiranya itu pilihan rakyat Malaysia. Kita sudah mencapai kemerdekaan lebih 60 tahun tapi, tiada seorang pun pemimpin dari Sabah dan Sarawak diberi peluang mentadbir negara.

“Jangan cakap kita tidak boleh mentadbir negara. Sekiranya diberikan pilihan kenapa tidak. Namun, bukan itu yang penting. Apa yang penting sekarang adalah memastikan rakyat dan negara ini berada pada landasan yang betul,” katanya semasa sesi temuramah melalui radio BFM, pagi tadi.

Mohd Shafie berkata, beliau sudah berkhidmat kepada negara sebagai pemimpin politik selama lebih 35 tahun dan sudah memegang jawatan di tujuh kementerian berbeza di peringkat kerajaan persekutuan.

“Sudah tiba masanya kita memberi pilihan kepada rakyat Malaysia untuk melihat lebih jauh,” ujarnya.

“Kita tidak boleh menghadkan politik kepada bangsa dan agama sahaja atau hanya Sabah dan Sarawak.”

Menyentuh tentang kerjasama bersama Pakatan Harapan (PH), Mohd Shafie berkata, beliau masih berhubung dengan mereka bagi memperjuangkan konsep ‘Unity’ atau perpaduan kerana itu adalah medium yang ada untuk memperjuangkan kepentingan rakyat dan negara.

Mengulas lanjut, Warisan sudah mengadakan pertemuan dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) namun, belum ada sebarang keputusan konkrit yang dibuat.

“Kita masih berbincang dengan mereka dan saya sudah bertemu dengan sekumpulan anak muda daripada golongan profesional seperti peguam dan doktor dan tiba masanya untuk mereka menyumbang kepada politik negara. Sumbangan anak muda ini tidak boleh diperkecilkan,” katanya.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started