NORAZLINAH ARIF

OLEH SYAFIA AMIN
KUNAK: Ketika zaman pemerintahan Parti Warisan Sabah (Warisan), pertukaran anggota perkhidmatan awam di daerah ini dikaitkan dengan tindakan menganiaya penjawat awam.

Pihak yang dahulunya mengutuk tindakan itu, kini diam seribu bahasa apabila pertukaran penjawat awam masih berlaku pada masa ini iaitu semasa pemerintahan Gabungan Rakyat Sabah.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kunak, Norazlinah Arif melalui paparan Facebooknya berkata, pihak yang mempertikaikan logik pertukaran pegawai-pegawai kerajaan suatu ketika dahulu kini berada dalam parti pemerintah.

“Ketika itu, biarpun saya telah cuba memaklumkan bahawa pertukaran pegawai kerajaan adalah suatu amalan biasa dalam perkhidmatan awam namun, pihak tersebut terus menerus memomokkan isu pertukaran pegawai sebagai satu bentuk penganiayaan dan menggambarkan seolah-olah ADUN Warisan mencampuri urusan jabatan kerajaan.

“Lebih melucukan apabila pertukaran ketua kampung dan pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) turut dipersoalkan meskipun jawatan tersebut sebenarnya adalah lantikan politik.

“Kini selepas kerajaan negeri Sabah bertukar pasca pilihan raya negeri (PRN) Ke-16, pertukaran pegawai kerajaan masih juga dilakukan. Ini termasuk pertukaran Jurutera Air, Juruteknik Pejabat Daerah Kunak, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kunak dan Ketua Polis Daerah Kunak,” katanya.

Norazlinah berkata, ini bukan soal siapa ganti siapa, sebaliknya persoalannya adakah individu-individu itu turut menganggap kerajaan GRS juga menganiaya penjawat awam.

Adakah pandangan mereka telah berubah apabila terkena batang hidung sendiri. Mungkinkah sekali air bah, sekali pantai berubah?

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started