KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) telah memfailkan saman terhadap Hassan A Gani Pg Amir kerana gagal meletak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik selepas meninggalkan parti itu.

Kenyataan Warisan memaklumkan bahawa writ saman dan penyataan tuntutan telah diserahkan oleh Tetuan Liau Kee Siong & Co, yang mewakili parti itu, hari ini kepada Hassan di kediamannya di Taman Fulliwa di sini pada 3.35 petang.

Writ itu menamakan Setiausaha Agung Warisan Datuk Loretto Padua Jr sebagai plaintif bagi pihak parti tersebut

Antara lain, Warisan memohon perintah mahkamah untuk memaksa Hassan, yang memutuskan hubungan dengan parti itu pada 25 Feb lepas, memenuhi obligasi surat peletakan jawatan sebagai ADUN Sebatik yang telah ditandatanganinya sebelum ini.

Beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Sebatik semasa Pilihan Raya Negeri Sabah pada September tahun lepas atas tiket Warisan.

Pada Isnin lepas, Hassan telah menyerahkan borang keahlian bagi menyertai Bersatu semasa majlis sambutan ulang tahun kedua parti itu di sini.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started