KOTA KINABALU: Sabah FC hari ini menakan kononnya berlaku kes tunggakkan gaji selama tiga bulan dalam kalangan pemain dan anggota pengurusan skuad The Rhinos itu seperti tular di media sosial semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah FC Khairul Firdaus Akbar berkata pihaknya mengakui terdapat isu kelewatan pembayaran gaji, namun ia telah diselesaikan dan tidak pernah tertunggak lebih daripada sebulan.

Beliau berkata Sabah FC juga menyangkal dakwaan berlakunya perbuatan boikot dalam kalangan pemain  pada sesi latihan petang semalam, sebaliknya  beliau menjelaskan latihan telah selesai lebih awal dan pemain diminta berehat sebelum berlepas ke Pulau Pinang hari ini bagi menghadapi perlawanan seterusnya Liga Super.

“Kita mengesahkan bahawa komunikasi antara pengurusan dan pemain sangat baik…pihak pengurusan yakin selepas ini semuanya akan berjalan dengan lancar sekali gus mengelak masalah ini daripada berulang pada masa depan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tular di media sosial semalam dan turut dilaporkan media malam tadi, sesi latihan skuad The Rhinos petang semalam terbatal dipercayai ada kaitan dengan isu gaji pemain yang dikatakan tertunggak selama tiga bulan.

Firdaus berkata  dalam tempoh tiga bulan mengambil alih, pihak pengurusan baharu pasukan itu sentiasa melakukan yang terbaik untuk memastikan Sabah FC berada pada landasan terbaik.

“Pihak pengurusan tidak pernah mengabaikan masalah yang dihadapi pemain sama ada di luar atau dalam padang sehingga menjejaskan prestasi Sabah FC,” katanya.

Pada perlawanan Liga Super seterusnya malam ini, Sabah FC dijadual bertandang ke Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang berdepan Pulau Pinang FC.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started