OLEH SYAFIA AMIN
SANDAKAN: Penduduk di Flat Sim Sim yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula hari ini disaran untuk bersabar dan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Papat, Datuk Frankie Poon berkata, pematuhan SOP amat penting dalam usaha memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19.

Beliau yang juga Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sabah ini turut mengingatkan penduduk agar tidak cemas kerana sebarang makluman selanjutnya akan diumumkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Pelaksanaan PKPD di Flat Sim Sim, Mukim Berhala dan Kampung Sungai Obar, Batu 7, Mukim Sentosa bermula hari ini sehingga 27 April.

Frankie berkata, berdasarkan tinjauan pagi tadi, semua pihak berkuasa masih dalam tindakan masing-masing atas pelaksanaan ini dan situasi dilihat dalam keadaan terkawal.

Setakat semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksana 38 ujian saringan di kawasan perumahan Sim Sim dan 17 kes positif Covid-19 dikesan di lokaliti tersebut.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started