
OLEH SABAHTODAY
KOTA KINABALU: Operasi pasar malam, pasar mingguan atau tamu di bawah kendalian Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) ditutup sementara bermula 17 hingga 30 April ini.
Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Noorliza Awang Alip dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi DBKK memaklumkan penutupan sementara selama dua minggu itu berikutan peningkatan kes harian Covid-19 di daerah ini.
Operasi itu akan dibuka semula bergantung kepada statistik kes Covid-19 dari masa ke semasa.


Leave a comment