JENIFER LASIMBANG

OLEH SABAHTODAY
KOTA KINABALU: Warisan hari ini membidas Menteri Persekutuan Hal-Ehwal Sabah dan Sarawak, Dr. Maximus Ongkili yang dikatakan sebagai gemar membuang masa bercakap tentang perkara remeh sehingga mengabaikan perkara-perkara penting yang berkaitan dengan kebajikan rakyat Sabah.

Bekas Pembantu Menteri Pendidikan dan Inovasi Negeri, Jenifer Lasimbang berpendapat bahawa Ongkili tidak seharusnya membuang masa dengan hanya bercakap tentang 17 Perkara dalam MA63 ataupun Ligitan sahaja tetapi bertindak segera untuk mencari jalan penyelesaian terhadap pelbagai masalah kritikal yang ada di Sabah.

“Mungkin komitmen yang diberikan oleh PH terhadap 17 Perkara dalam MA63 ini ialah satu-satunya modal politik yang ada pada PBS dan Ongkili, maka sebab itulah, mereka berkata tentangnya tanpa henti dengan harapan, rakyat Sabah akan melupakan kegagalan parti itu walaupun telah hidup bersama dengan Umno selama 20 tahun.

“Oleh kerana Ongkili ialah Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, maka saya menasihatinya untuk berhenti membuang masa bercakap mengenai perkara yang remeh dan sebaliknya membantu dalam mendapatkan apa yang sepatutnya dinikmati oleh Sabah dan Sarawak ketika kita membentuk Persekutuan Malaysia terutamanya mengenai sekolah-sekolah di Sabah yang amat memerlukan kemudahan yang lebih baik, perabot baru, alat bantu mengajar moden, rangkaian internet dan asrama yang lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bekas perunding untuk UNICEF Malaysia dan Program Pembangunan PBB (UNDP) itu juga mengatakan bahawa selama 2 tahun beliau bertugas sebagai Pembantu Menteri, lawatannya ke hampir seluruh pelusuk Negeri telah membawa kepada pendedahan yang mengejutkan dimana hampir separuh daripada sekolah-sekolah di Sabah ini dikategorikan sebagai ‘daif’.

“Dari 1296 sekolah yang ada di Sabah, 589 telah diklasifikasikan sebagai ‘daif’ di mana murid-murid sekolah terpaksa mencedok air dari telaga untuk kegunaan sekolah, bumbung lama yang berkarat menyebabkan limpahan air ketika hujan, murid-murid sekolah terpaksa belajar dalam keadaan panas kerana kipas tidak berfungsi dan paling teruk sekali, murid-murid tidur di lantai tanpa katil di asrama yang uzur.

Berdasarkan pengalaman saya selama sedekad dengan UNICEF dan UNDP, saya berani mengatakan disini bahawa keadaan sekolah-sekolah kita yang amat menyedihkan ini menunjukkan bahawa tidak ada semangat dan ihtizam samada dari pihak Kerajaan Negeri ataupun Persekutuan ketika era pemerintahan BN yang lalu untuk mewujudkan masyarakat yang progresif di mana kanak-kanak kita akan diberi peluang untuk menikmati kenaikkan mobiliti sosial ketika mereka dewasa kelak melalui pendidikan.

Pada hemat saya, rakyat Sabah akan selamanya terhutang budi kepada Shafie Apdal amat mengutamakan pendidikan dimana beliau dengan segera menubuhkan Kementerian Pendidikan dan Inovasi sejurus WarisanPlus memerintah pada 2018 dan dia juga telah memainkan peranan utama dalam kejayaan Kerajaan Negeri Sabah mendapatkan peruntukkan khas sebanyak RM100 juta pada tahun 2019 untuk memperbaiki 24 ‘sekolah daif’ dan RM445 juta lagi pada tahun 2020 di bawah RMK-11 yang melibatkan 61 ‘sekolah daif selepas beberapa siri pertemuan dan perbincangan antara dengan Kementerian-kementerian dan Agensi-agensi Persekutuan yang berkaitan.

Sabah sebenarnya akan mendapat keuntungan yang besar dari segi pendidikan sekiranya Kerajaan PH masih berkuasa hari ini kerana kepercayaan Shafie terhadap pendidikan serta ketrampilannya di peringkat Persekutuan mampu membolehkan Sabah mendapat peruntukkan yang besar terutama untuk pembaikan dan peningkatan misi ‘ dan sekolah vernakular di Sabah dan kenaikan peruntukan Pengarah Pelajaran Daerah dari RM500,000 yang ada setelah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) dilancarkan dan kita masih belum mengambil kira cukai penjualan yang dipungut dari PETRONAS dan hak 40% yang kekal sebagai salah satu daripada 4 titik MA63 yang belum diselesaikan.

“Jika Ongkili bercita-cita untuk menjadi seorang negarawan yang disegani, maka dia harus berhenti bercakap tentang 21 Perkara dalam MA63 seolah-olah dia baru sahaja menceburi bidang politik dan sebaliknya, berfikir bagaimana untuk mengurangkan kadar kemiskinan 46% yang dialami oleh Kota Marudu dimana kadar ini merupakan yang ketiga tertinggi di Malaysia dan juga memainkan peranan yang berguna berkaitan dengan sekolah-sekolah kita,” tambah beliau.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started