OLEH SYAFIA AMIN
KOTA KINABALU: Tindakan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menutup operasi pasar malam dan pasar/tamu mingguan bermula hari ini mengundang pelbagai reaksi daripada peniaga.

Paparan notis penutupan pasar malam/tamu mingguan dalam laman Facebook rasmi DBKK semalam menimbulkan kegusaran dan kemarahan dalam kalangan pengguna Facebook yang juga peniaga pasar malam.

Seorang pengguna Facebook, Munir Abdul Muin menyatakan “Macam mana cara pengurusan kamu ini Mayor? Bagi arahan secara mengejut tanpa hiraukan kebajikan peniaga. Bagi arahan tutup serta-merta jadi, macam mana dengan stok bahan mentah para peniaga? Mahu simpan mana, mahu jual di mana?

“Kami para peniaga baru bertatih mulakan perniagaan semula, sekarang mahu tutup lagi. Kami mahu makan apa? Adakah kamu fikir keadaan kami macam mana? Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Sekurang-kurangnya beri kami masa dua atau tiga hari untuk habiskan segala stok yang ada sebelum tutup bisnes. Modal bukan sikit ya.

“Mohon pihak atasan DBKK tolong fikirkan semula. Sila ambil kira kebajikan para peniaga juga, bukan berfikir dan buat tindakan membuta tuli,” katanya.

Sementara itu, Dayang Ayang dalam ruangan komen Facebook DBKK berkata, baru-baru sahaja peniaga mengeluarkan modal dan duit pun bukan alang-alang.

“Untuk itu sahaja berapa bulan kita ikat perut, modal pun pinjam. Ya Allah, dimana sudah rasa kasihan terhadap kami peniaga dan penjaja, tiba-tiba dapat khabar serta-merta tutup.

“Harap orang-orang besar tolonglah kami, tolonglah kami suarakan hal ini. Orang mati bukan pasal Covid-19 tapi sebab tekanan dan kebuluran,” katanya.

BERITA BERKAITAN: –

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started