OLEH PEMBERITA SABAHTODAY
KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick mahu agar kerajaan negeri meneruskan projek penaiktarafan jalan-jalan kampung di kawasan Kadamaian.

Beliau berkata, ini kerana masih banyak jalan kampung di kawasan itu yang memerlukan penaiktarafan bagi memberi keselesaan kepada penduduk kampung termasuk pelancong yang berkunjung ke kawasan itu.

“Semoga kerajaan yang ada pada hari ini prihatin terhadap masalah dan keperluan penduduk kampung dengan meneruskan pembinaan konkrit jalan-jalan dalam kawasan perumahan kampung.

“Sebelum ini, kita telah berjaya menaiktaraf beberapa jalan kampung di kawasan Kadamaian, bagaimanapun masih banyak jalan yang perlu dinaiktaraf yang memerlukan perhatian kerajaan ketika ini,” katanya selepas meninjau beberapa jalan yang telah dinaiktaraf kepada jalan konkrit di Kampung Tangkurus dan Kg.Gandukut.

Ewon yang juga mantan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah berkata, pada tahun lepas Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah telah memberi taklimat kepada UPPM Kadamaian dan beberapa pemimpin akar umbi Kadamaian berkenaan status penaiktarafan tiga jalan utama di Kadamaian, termasuklah Jalan Tengkurus – Lahanas.

“Syukur, kerajaan hari ini meneruskan kelulusan yang telah dibuat oleh kerajaan terdahulu.

“Jalan konkrit lain yang sempat saya salurkan peruntukan di Kg.Tangkurus ialah penaiktarafan jalan ke Gereja SIB dan jalan ke Surau kampung ini,” katanya.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started