Gambar ehsan Sabaheats

OLEH PEMBERITA SABAHTODAY
KOTA KINABALU: Penutupan operasi pasar malam dan pasar/tamu mingguan serta merta oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) amat dikesal.

Keputusan yang dibuat secara mengejut itu bukan sahaja mengecewakan para peniaga malah ianya secara nyata telah menjejaskan pendapatan golongan yang terkesan akibat pandamik covid sejak lebih setahun yang lalu.

Peniaga cuba mencari sumber pendapatan baru melalui jualan ketika bulan ramadhan, kata Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mohd Azis Jamman berkata ketika diminta untuk mengulas mengenai keputusan kerajaan GRS.

Ramai penduduk dan masyarakat bukan sahaja dari kawasan parlimen Sepanggar malah di beberapa buah tempat sekitar Kota Kinabalu juga turut menghubungi saya dan meminta agar saya selaku wakil rakyat menyuarakan permasalahan yang mereka sedang hadapi,” katanya dalam satu kenyataan.

AZIS JAMMAN

Ketua Wira Warisan ini berkata, DBKK sepatutnya mengambil kira keadaan yang terpaksa dihadapi golongan peniaga ini terlebih dahulu sebelum bertindak mengeluarkan notis pada saat-saat akhir iaitu pada malam sebelum tarikh penutupan operasi itu berkuat kuasa sedangkan kelulusan telah diberikan sebelum ini dan peniaga telahpun membayar wang deposit untuk pembayaran tapak berniaga.

Kebanyakan peniaga/penjaja memaklumkan bahawa ramai diantara mereka ini telah mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk membeli stok bahan mentah dan peralatan untuk memulakan perniagaan di pasar malam dan gerai-gerai tepi jalan sepanjang Ramadan malah ada diantaranya yang telah membuat pinjaman bukan sahaja melalui orang perseorangan, institusi peminjam malah dikhabarkan ada juga yang meminjam dengan ‘ah long’ semata-mata ingin mencari sumberi rezeki di bulan ramadhan untuk berniaga.

“Ketika golongan peniaga baru meletak harapan untuk mencari pendapatan kerana sudah putus mata pencarian, kini mereka terpaksa berdepan dengan kerugian kerana tidak boleh berniaga walhal, semua bahan mentah sudah dibeli untuk satu tempoh tertentu dan ada yang risau kerana takut tidak mampu membayar duit pinjaman.

“Kerajaan sepatutnya bertimbang rasa dengan golongan peniaga berpendapatan rendah ini dan bukannya membuli mereka dengan mengeluarkan notis penutupan operasi secara tiba-tiba,” katanya.

Sekiranya kerajaan takut kes Covid-19 akan meningkat, sepatutnya sebelum Ramadan lagi mereka mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat agar golongan peniaga tidak terkesan akibat penutupan operasi pasar malam/tamu mingguan.

Persoalan turut timbul bagaimana bufet Ramadan di Pusat Dagangan Antarabangsa Sabah (SICC) yang agak “meriah” dengan membenarkan pelanggan duduk makan di premis sedangkan jualan di gerai-gerai pasar malam yang jumlahnya agak terbatas dan secara “tapau” tidak dibenarkan, tambah Azis.

Bagaimana pula dengan pusat-pusat beli belah yang boleh beroperasi?

Perlu diingat bukan semua golongan mampu untuk makan dan membeli di tempat mewah seperti SICC. Bagaimana dengan pekerja-pekerja kedai dan golongan golongan yang bekerja dan berpendapatan rendah disekitar kota kinabalu ini?

“Orang kampung yang berjualan di pasar malam pula diminta untuk berhenti berniaga. Tempoh penutupan selama dua minggu itu cukup lama. Sepanjang tempoh itu, peniaga kecil-kecilan sebegini sudah mampu memperoleh pendapatan secukupnya.

“Kalau boleh DBKK mempertimbangkan semula keputusan untuk menutup pasar malam dan tamu mingguan selama dua minggu.

“Pertimbangkanlah buka semula pasar dengan mengenakan SOP yang ketat dengan sistem bernombor dan bilangan pengunjung yang terhad,” katanya.

BERITA BERKAITAN: –

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started