OLEH SYAFIA AMIN
KOTA KINABALU: Semasa pilihan raya undi penduduk yang tinggal di kawasan setinggan berhabis diraih namun, sebaik sahaja pilihan raya tamat, rumah mereka pula diroboh.

Dimana letaknya sifat perikemanusiaan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam mengendalikan penempatan haram di sekitar bandaraya Kota Kinabalu ini?, soal Wira Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Mohd Azis Jamman.

Beliau berkata, jika kawasan setinggan dirobohkan membabitkan warga tempatan yang berdepan kesusahan dan tidak mempunyai tempat tinggal lain, berilah sedikit tempoh kepada mereka untuk berpindah.

AZIS JAMMAN

“Jangan hanya semasa pilihan raya mereka dilayan penuh mesra demi meraih undi, lepas itu habis rumah mereka dirobohkan.

“Kerajaan perlu memberi pertimbangan ketika merobohkan rumah rakyat tempatan terutama ketika bulan Ramadan dan menjelang Syawal ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Azis, yang juga Ahli Parlimen Sepanggar ini berkata, beliau sedia maklum dengan aktiviti merobohkan rumah setinggan di kawasan Sepanggar.

“Secara peribadi saya tidak mempunyai sebarang masalah jika rumah pendatang tanpa izin (PTI) yang tinggal secara haram dirobohkan. Itu memang tanggungjawab pihak berkuasa merobohkan dan menangkap PTI yang tiada dokumen pengenalan diri.

“Tapi, sekiranya ia membabitkan penduduk tempatan yang mendirikan rumah di penempatan haram. Bersimpatilah kepada mereka dengan membenarkan mereka tinggal di situ mencari mereka mendapat tempat tinggal baharu.

“Fahami kesusahan mereka kerana jika mereka ini golongan yang berkemampuan pastinya mereka tidak akan tinggal di kawasan setinggan,” katanya.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started