OLEH PEMBERITA SABAHTODAY
KOTA KINABALU: Sudah tiga bulan sejak darurat diisytiharkan tetapi ia tidak berjaya menurunkan kes COVID-19 secara berkesan. Rakyat Malaysia sudah cukup bosan dengan keadaan ini.

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) mesti terima hakikat bahawa mereka telah gagal dalam menguruskan pandemik walaupun selepas setahun, kata Jannie Lasimbang, ADUN Kapayan .

Jannie berkata “rakyat semakin kecewa. Jelas bahawa kegagalan kerajaan PN tidak mempunyai penyelesaian untuk mencegah virus COVID-19 daripada merebak, dan rakyat sedang memikul kesusahan dan sumber kewangan semakin sukar dan tidak mencukupi”.

Dengan kes COVID-19 yang lebih tinggi, sekolah mungkin ditutup dan perniagaan tidak boleh berjalan seperti biasa lagi. Penjaja sudah memulakan protes kerana tidak dibenarkan jualan Ramadhan berskala kecil.

JANNIE LASIMBANG

Mengikut Jannie, kerajaan PN telah menggunakan pengisytiharan peraturan darurat untuk mencegah penularan COVID-19 tetapi dengan kes-kes yang semakin meningkat, jelas bahawa mereka telah gagal berbuat demikian.

“Ini telah menimbulkan persoalan sama ada pengisytiharan darurat adalah untuk menyelamatkan rakyat atau hanya helah politik untuk PN bertahan sebagai kerajaan,” katanya.

Kerajaan PN sekarang nampaknya sewenang-wenangnya menjadikan perniagaan dan pembayar cukai sebagai mangsa yang sudah berada dalam kemelesetan ekonomi hanya untuk mengisi wang kotak mereka. Ini selepas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin (nama sebenar: Mahiaddin Yassin) mengakui bahawa kerajaan PN tidak lagi mempunyai cukup wang.

Seksyen 103B Akta Cukai Pendapatan yang baru diperkenalkan oleh PN akan memaksa pembayar cukai untuk ‘membayar terlebih dahulu dan bercakap kemudian’, kerana mereka tidak boleh merayu kepada Mahkamah Tinggi untuk mendapat perintah stay order.

Kerajaan PN yang kekurangan dana boleh dikaitkan dengan kegagalannya menguruskan pandemik ini serta Kabinet mereka terlalu ramai yang telah memakan sumber negara.

PN dilaporkan telah membelanjakan RM622 bilion untuk pelbagai pakej rangsangan ekonomi COVID-19 tetapi telah gagal memberi kesan kepada ekonomi Malaysia secara positif dan kepada mereka yang memerlukan kerana tidak cekap, dan membawa ketidakstabilan ekonomi dan politik yang kini menghalau pelabur.

“Dengan suntikan vaksin anggota Kabinet dan Ahli Parlimen, parlimen sekarang haruslah dibuka, dan tiada lagi alasan yang harus diberikan. Kerajaan PN mesti berhenti mencuri hak demokrasi semua rakyat Malaysia,” tambah beliau.

Jannie juga menggesa kerajaan GRS untuk melakukan perkara yang sama di Sabah dan menyeru sidang DUN beroperasi semula.

Fungsi perundangan dan institusi parlimen perlu dipulihkan dan bersidang semula supaya penyelesaian yang berkesan untuk pandemik dan krisis ekonomi dapat ditemui secara kolektif.

Tanpa parlimen, Malaysia bukan lagi demokrasi yang berfungsi.

Jannie berharap rakyat menyokong kempen #TamatDarurat dan memulihkan kuasa rakyat dengan menandatangani kempen Tamatdarurat.com/tandatangan

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started