OLEH SYAFIA AMIN
KOTA KINABALU: Dua pegawai Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah (JPBW) Sabah mengaku tidak bersalah atas kesalahan menerima rasuah berjumlah RM60,000 di Mahkamah Khas Rasuah, hari ini.

Tertuduh Pelukis Pelan di JPBW Sabah, Athanasius John Malis, 58, berdepan tiga pertuduhan dan Pegawai Perancang Bandar dan Desa JPBW Sabah, Shahrum Radzlee Mohd Samlih,38, didakwa atas satu pertuduhan menerima rasuah bagi menukar zon lot tanah NT di Kampung Bantayan Kota Kinabalu daripada zon countryside kepada zon residential “C”-R(C).

Kedua-dua tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah ke atas semua pertuduhan yang dibacakan dihadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Dalam pertuduhan pertama, Athanasius didakwa meminta wang suapan RM15,000 iaitu wang pendahuluan daripada RM60,000 daripada Muhammad Hasri Lim Abdullah pada 5 September 2019 jam 9.50 pagi di aras bawah, Kompleks Karamunsing bagi menukar zon tanah NT di Kampung Bantayan Kota Kinabalu daripada zon countryside kepada zon residential “C”-R(C) tanpa mendapat kebenaran Lembaga Pusat Perancang Bandar dan Desa (LPPBD) dan kelulusan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Untuk pertuduhan kedua, pada 12 September 2019 jam 8.30 pagi, tertuduh didakwa meminta wang suapan RM15,000 daripada individu sama di tempat letak kereta Wisma Tun Fuad Stephens, Karamunsing untuk tujuan yang sama.

Bagi pertuduhan ketiga, pada 20 September 2019 jam 11.25 pagi di lot parkir kereta Medan Selera D’Riverside Sadong Jaya, tertuduh didakwa meminta wang tunai RM45,000 iaitu baki bayaran daripada RM60,000 daripada individu sama untuk tujuan yang sama.

Dengan itu, Athanasius didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(A) dan Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.

Sementara itu, Shahrum didakwa menerima wang suapan RM22,500 daripada Anthanasius pada 20 November 2019 antara 3.15 hingga 3.45 petang di lot parkir Medan Selera Grace Point Sembulan sebagai upah bagi menandatangani surat pengesahan zon bagi lot tanah NT, Kampung Bantayan Kota Kinabalu sebagai zon residential “C”-R(C).

Dengan itu, Shahrum didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.

Pihak pendakwaan diwakili Pegawai Pendakwa, Clementine Severinus manakala, Athanasius diwakili peguam PJ Perira dan Shahrum diwakili Nabila Norsahar.

Hakim kemudian menetapkan 24 Mei ini sebagai tarikh pengurusan kes Anthanasius dan membenarkan tertuduh diikat jamin dengan RM20,000 dan deposit RM10,000 beserta seorang penjamin tempatan.

Tarikh pengurusan kes Shahrum ditetapkan pada 27 Mei ini dan tertuduh dibenarkan diikat jamin RM15,000 dengan RM8,000 deposit beserta seorang penjamin tempatan.

Kedua-dua tertuduh diperintahkan menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah dan dikehendaki melapor diri ke pejabat SPRM sekali dalam tempoh dua bulan serta dilarang mengganggu saksi-saksi pendakwaan sebelum dan semasa perbicaraan.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started