KOTA KINABALU: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) didakwa terlibat dalam kes penipuan membabitkan sebuah syarikat yang terlibat dalam aktiviti perlombongan pasir di Sungai Kuala Abai, Kadamaian.

Bekas rakan perniagaannya, Henry Chia Chi Tshung, 46, tampil mendedahkan penipuan yang dilakukan oleh Adun itu.

Henry berkata, beliau dan isterinya, Chan Yee Ling menjadi rakan perniagaan ahli politik itu (yang cuma Ketua Pemuda parti ketika itu) selepas menjual 51 peratus sahamnya dalam syarikat tersebut kepada mereka dengan harga RM3.5 juta.

“Urus niaga itu dimeterai melalui tandatangan Surat Janji oleh kedua-dua pihak pada 15 Jun 2018.

“Ahli politik itu turut berjanji untuk melaksanakan Perjanjian Jual Beli Saham (SSA) dalam tempoh satu bulan dari tarikh LoU ditandatangani.

“Selepas itu, beliau mula meminta pembayaran pendahuluan daripada mereka dan mereka akur. Dia telah mengambil RM2.4 juta daripada kami,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selepas peralihan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada Mei 2018, ahli politik itu mula memujuk mereka untuk meninggalkan syarikat tersebut demi kebaikan mereka.

Bila merasakan sesuatu yang tidak kena, pada 6 Mac 2019, Chan telah pergi ke pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk melakukan siasatan terhadap syarikat mereka.

“Kami terkejut apabila mendapati dia dan suaminya telah dipecat dari syarikat sebagai pengarah dan 10 peratus saham yang dipegang oleh saya juga telah dipindahkan kepada orang lain, juga tanpa pengetahuan dan persetujuan kami.

“Setelah diberikan nasihat oleh seorang pegawai kanan di pejabat SSM, kami telah membuat aduan rasmi kepada SSM pada 8 Mac 2019 agar satu siasatan dijalankan mengenai perkara terbabit.

“Pada masa yang sama, saya dan suami turut membuat laporan polis mengenai tindakan pemecatan daripada syarikat terbabit dan mengkehendaki satu siasatan menyeluruh dilakukan,” katanya.

Berikutan itu, ahli politik menghantar wakil untuk menghubungi mereka dan berjanji untuk menyelesaikan masalah itu. Tetapi selepas itu, tiada lagi sebarang berita daripadanya selepas itu.

“Nampaknya itu cuma helah beliau untuk melengah-lengahkan masa agar kami tidak meneruskan kes tersebut. Cubaan kami untuk berhubung dengan beliau selepas itu langsung tidak berjaya,” kata Chan.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started