OLEH SYAFIA AMIN
PAPAR: Selepas pengumuman penutupan pasar malam di kawasan Kota Kinabalu, beberapa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di setiap daerah mengambil langkah sama.

Bermula 23 April, operasi pasar malam di daerah ini pula akan ditutup buat sementara waktu sehingga satu tarikh diumumkan kelak. Perkara itu diumumkan dalam Facebook Majlis Daerah Papar.

Dengan itu, bermula Jumaat, aktiviti pasar malam harian bersebelahan perpustakaan daerah Papar, pasar malam Palm Square Kinarut dan Pasar Malam FAMA Pekan Papar akan ditutup.

Keputusan ini selaras dengan kenyataan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkaitan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi seluruh negeri Sabah yang dikemaskini pada 19 April lalu berkaitan operasi bazar dan pasar malam harian yang tidak dibenarkan.

Selepas penutupan pasar malam di bawah kendalian Dewan Bandaraya Kota Kinabalu pada 17 April, penutupan pasar malam turut dilaksana di kawasan PKP di Tawau, Lahad Datu dan Sandakan. Operasi pasar malam di Kunak juga turut dihentikan.

BERITA BERKAITAN: –

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started