Gambar hiasan.

OLEH SYAFIA AMIN
TAWAU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Tawau perlu mempertimbangkan semula prosedur operasi standard (SOP) baharu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksana di daerah tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merotai, Sarifuddin Hata berkata, ketika bulan Ramadan, perkhidmatan restoran seharusnya dibenarkan beroperasi lebih masa bagi memudahkan golongan yang bekerja membeli juadah berbuka puasa.

SARIFUDDIN HATA

SOP baharu yang dikemas kini tidak relevan ketika bulan Ramadan kerana operasi restoran hanya dibenarkan sehingga 6 petang.

“Pemilik restoran dan khidmat penghantaran makanan seharusnya dibenarkan untuk melanjutkan operasi sekurang-kurangnya sehingga 7 malam bagi memudahkan semua pihak.

“Sepatutnya sebelum pusat kawalan operasi bencana (PKOB) daerah dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) membuat keputusan, mereka perlu meneliti sebaik mungkin keperluan rakyat di peringkat bawahan. Bukannya bertindak menindas golongan peniaga terutama ketika bulan Ramadan yang mulia ini,” katanya.

Sarifuddin berkata, majoriti penduduk Tawau adalah Muslim dan pihak kerajaan sepatutnya mengambil perkara itu dalam pertimbangan mereka. Ada golongan yang bekerja ketika bulan Ramadan jadi, operasi restoran akan membantu memudahkan urusan mereka membeli juadah berbuka.

Sudahlah operasi Bazar Ramadan tidak dibenarkan kini, operasi restoran pula dihadkan. Dimana penduduk Tawau hendak mendapatkan juadah berbuka jika operasi restoran hanya dibenarkan sehingga 6 petang.

Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) harus ingat, bukan semua rakyat bekerja ikut waktu pejabat, jam 5 petang sudah boleh balik dan mendapatkan juadah berbuka. Ramai rakyat yang bekerja di luar waktu pejabat.

“Saya harap perkara ini diambil serius oleh pihak Presiden Majlis Perbandaran Tawau selaku pengerusi PKOB daerah,” ujarnya.

Dalam satu posting online hari ini, Masidi Manjun berkata, “Saya sudah meminta Jawatankuasa Pengurusan Covid Negeri melanjutkan tempoh operasi perniagaan ‘take away’ restoran restoran di Tawau sehingga 8 malam”.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started