Gambar ehsan Tawaukini

OLEH SYAFIA AMIN
TAWAU: Aktivis, Mukmin Nantang bersama enam individu yang terlibat dalam demonstrasi aman semalam ditahan reman selama dua hari, bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, permohonan reman kesemua individu ini dikemukakan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani pagi tadi dan mahkamah membenarkan kesemua individu itu ditahan reman selama dua hari.

Gambar FB Mukmin Nantang

Pihak polis memohon tahanan reman selama empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengingkari perintah yang diisytiharkan oleh penjawat awam dan Seksyen 25 Ordinan Darurat 2021 serta Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman.

Kesemua individu tersebut diwakili peguam Raymond Guok yang membantah penahanan reman tersebut dengan mengambil kira sekarang adalah bulan Ramadan dan kesemua anak guamnya berpuasa, mereka akan berdepan kesukaran jika ditahan di dalam lokap.

Malah, kesemua suspek juga tidak berisiko untuk menaiki penerbangan dan tidak akan meninggalkan Tawau kerana daerah ini diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Kesemua tujuh individu tersebut terlibat dalam demonstrasi aman kelmarin kerana membantah lanjutan PKPD di Kampung Muhibbah, Tawau berikutan kebimbangan mereka terhadap kebajikan penduduk di lokaliti tersebut yang dipercayai tidak diberikan bantuan sejak dua minggu lalu.

PKPD di Kg Muhibbah dilanjutkan selama 14 hari lagi sehingga 8 Mei ini.

One response to “Aktivis Dan Enam Rakan Sertai Protes Direman Dua Hari”

  1. GRS Patut Buka Mata Dengan Insiden Di Kg Muhibbah – Rina Jainal – SABAH TODAY avatar

    […] Aktivis Dan Enam Rakan Sertai Protes Direman Dua Hari […]

    Like

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started