OLEH SYAFIA AMIN
TAWAU: Kenyataan dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merotai, Sarifuddin Hata yang menyarankan kerajaan memperuntukkan RM1,000 kepada setiap keluarga di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mendapat reaksi positif daripada orang ramai.
Seorang pengguna Facebook, Aisy Arini menyatakan “Yb pertama yang bersuara, terbaik memang pun selalu dengar suara rakyat,”.
Ismael Maedi dalam ruangan komen mengatakan “Yb Sarifuddin Hata adalah role model dan contoh terbaik kepada Yb yang lain, sentiasa membantu rakyat tanpa mengira latar belakang politik. Teruskan usaha Yb, rakyat memerhati dan kami sentiasa menyokong. Semoga berjaya dunia dan akhirat,”.
Manakala AbuHadif pula berkata “Tahniah atas usaha dan tanggungjawab yang ditunjukkan oleh Yb Sarifuddin dalam membela nasib rakyat. Semoga dibukakan pintu hati mereka yang berkenaan untuk mendengar cadangan dan keluhan tersebut seterusnya meneliti semula SOP yang sedang dilaksanakan.

“Apa pun kami amat bangga dan kagum dengan tindakan yang diambil oleh Yb Bond berserta rakan-rakan pembangkang dalam situasi sekarang demi membela nasib rakyat khususnya di daerah Tawau ini.
“Semoga Yb dipanjangkan umur dan diberi kekuatan untuk terus berjuang dalam membantu rakyat tanpa rasa putus asa. Semoga Allah mempermudahkan segalanya,”.
Terdahulu dalam laman Facebook pagenya, Sarifuddin mencadangkan kerajaan negeri untuk mempertimbangkan bantuan kewangan kepada semua ketua isi rumah di kawasan PKPD dengan memberikan RM1,000 untuk membantu meringankan bebanan mereka.
“Disamping itu, kerajaan juga perlu memberikan subsidi bil elektrik, air dan sewa bulanan Projek Perumahan Rakyat (PPR) kepada penduduk yang terlibat PKPD.
“Walaupun bantuan ini tidak boleh menyelesaikan masalah mereka sepenuhnya tetapi sedikit sebanyak, ia dapat memberi sedikit kelegaan kepada mereka.
“Dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan pada tahun lepas terdapat belanjawan lebihan RM100juta.
“Kerajaan GRS boleh menggunakan belanjawan lebihan ini untuk belanjawan tambahan bagi membantu rakyat. Kerajaan Warisan sebelum ini berjaya mengutip cukai jualan produk petroleum daripada semua syarikat yang menjalankan aktiviti minyak dan gas di Sabah termasuk Petronas.
“Tahun lepas kita telah memperoleh cukai jualan sejumlah RM147 juta daripada syarikat-syarikat ini, belum termasuk Petronas yang tertunggak pada masa itu kira-ira RM600-800 juta.
“Ini bermakna dalam dua tahun, kutipan produk petroleum kira-kira RM1.2 bilion. Hasil itu boleh digunakan bagi menyediakan peruntukan khas RM100 juta bagi membantu ketua isu rumah yang terkesan akibat pelaksanaan PKPD,” katanya.
Sarifuddin yang juga Ketua Bahagian Warisan Tawau ini berkata, beliau terpaksa menyatakan cadangan ini melalui media sosial kerana persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) masih tidak boleh dijalankan.
Katanya, beliau selaku ADUN pembangkang terpaksa mengangkat suara rakyat melalui media sosial kerana tidak mempunyai cara lain untuk menyampaikan suara rakyat kepada kerajaan GRS.

Leave a comment